06 November 2006

A good friend named Reza Hafiz Meah

Assalaamualaikum dan salam sejahtera. Kita masih lagi menyambut Hari Raya Eid Fitri dibulan Syawal yg diberkati Allah. Ada juga yang menyambung ibadah dengan menunaikan puasa 6 hari, dan dikala inilah Pujaan terkenang tentang seorang kawan bernama Reza Hafiz Meah.

Perkenalan pertama ialah ditahun pertama, semester kedua bila semua pelajar part 1 kena cari wing baru dan bergaul dengan senior. Oleh kerana sikap optimis Pujaan yg yakin cukup bilik disediakan disamping malas nak melayan kerenah senior yg mintak cukai memacam bila nak masuk bilik diorg maka Pujaan tunggu sampai laa last minute baru register bilik kat ofis SMK. Dan sememangnya last minute, maka Pujaan ialah org terakhir yg dapat bilik..di wing 1B dibilik terakhir wing tersebut. Di belakang aku ada si Suresh dan Belia wakakakaka diorg tak dpt bilik coz coz lambat seseken..

Lepas register aku pon gi laa bilik tu bertegur sapa dgn ahli bilik... biasa laa bdk baru mesti kena buli punya maka dipindahkan aku ke bilik laen pulak..SR 125 bersama dgn bdk2 baru yg laen. Maka disinilah pertemuan pandang pertama dgn si Reza nih jeng jeng jeng

Dipendekkan lagi cerita aku dan si Reza jadi kawan bila duk satu kelas dikelas 2x hahaha cam x men dah.. Blajar akaun sesama, gi kelas lelaen coz dia ni rajin, haku lak cam nak menempah maut di awal2 lagi mwahahaha...makan saing coz satu wing cam family, gi solat lelain coz dia pon rajin gi surau lagi banding ngn aku huah huah huah

Specialnyer si Reza ni ialah... beliau sering cuba menjadi sebaliknya dari realiti diri beliau. Bila org panggil dia org kaya, dia akan kata "Mana ada, tengok wallet aku tinggal brape sen jer" bila org kata dia org KL dia kata "Mana ada, taman aku tu kat sempadan so kira lagi negeri Selangor" dan bila org kata dia ni hensem dia akan kata "Mana ada, Tom Cruise lagi hensem dari aku, aku cuma suka bersikat jer" .... sikat? yes sikat adalah satu tread mark bagi beliau yang amat mementingkan kekemasan. Sampai bila toilet black out pun dia tetap nak bersikat gak ahaks ^_^ dan pada masa tu jugalah dia ni satu-satunya org yg guna Tm Touch pascabayar dan maintain selama pengajian... hebat nih mamat nih

Selama ni aku tak perasan tapi rupanya dia ni suka mengadu masalah bila datang bilik aku... punca bila dia muncul kat pintu, berlakon seolah ada org tarik dia kat pintu tu pastu masuk balik... kaki lepak kat dlm bilik SR125 tu akan cakap "Ha masalah apa lagi yang ko nak bawak ari ni?" tapi dia cool jer sambil tunjuk peace kat sumer org... baru dia citer masalah dia kat aku. Antara masalah dia yg slalu aku setelkan ialah caner nak mengurat awek, nak pinjam duit, ajak kuar outing dan masalah ketagihan King of Fighters beliau. Tapi selalu nya dia akan citer laa awek yg dia suka tak respon atau dia tak yakin nak tegur awek tersebut. Aku cakap kat dia "Sabar ler nnt kalo ko dah kaya and hensem giler awek mesti berebutkan ko, masa tu lah ko nak rejek diorg beramai- ramai mwahahaha"

Di sepanjang pengajian aku kat UiTM Segamat, beliau ni dah macam partner aku yg takleh kurang...aku nak gi mana pon mesti bwk dia..dia jer kalau nak gi dating mesti tinggal aku.. Naper ko buat aku camni Rezaa??!!! uhuk huk huk :(
Selain tu dia juga sparring partner aku bila rasa cam nak bertumbuk... wat pengetahuan korang dia ni ahli Cekak Hanafi dah lepas SRP pon dahh..so aku leh tumbuk beliau sesuka hati lah hehehe

Kami berdua berkongsi hampir segala- galanya kecuali katil dan bantal coz dia yg tak sudi walaupun aku merayu..huk huk... yg laen kalau bab study dia ada prinsip utk tidak percaya pada stay up akan membantu pembelajaran. Biasanya dia akan tido dlm kul 11pm dan bangun dlm kul 6am... tapi kalo dia tido balik pas subuh mmg tak aman laa tido nyer coz jam loceng auto coming akan dtg dan mengejutkan beliau hingga terkejut hahaha... sshhhhh jgn tanya apa yg aku wat kat dia sampai terkejut di pagi buta tuh

Dulu aku telah paksa beliau utk join kelab basketball aku karena kekurang ahli yang amat serius. Beliau pon cool jer so aku belasah laa beliau sehingga hilang berat badan 7kg dlm masa 2 bulan mwahahaha.. Alhamdulillah berkat keprihatinan aku pada beliau maka pada tahun ke 2 dia blajar maen maka segala kaki bangku yg melekat kat dia dah hilang... seriuss ni laa satu student aku yg wat aku bangga ngn dia ^_^

Pada hujung2 pengajian aku pernah outing ngn dia naek 125z aku...abes outing sampai je kat SR tak berenti dia membebel cakap dangerous, bahaya, nyawa dihujung tanduk, laju cam pelesit, etc etc.... dan etc lagi..
Rupanye dia ni tak penah naek moto mat moto... so pengalaman yg kali pertama tu dah jadi yang kali terakhir coz lepas tu walau terdesak macamana pon dia tetap letak option utk membonceng aku sbg 'lepas mati, hidup semula, mati lagi' baru dia nak naek moto aku huhu.
Dan yang aku tak lupa masa summer class dia ni paling minat masakan kari ayam aku dan G Kuz ngn tak henti memuji 'kari paling sedap' selama satu sem.. Apa lah ko ni Reza huah huah huah

Pada Eid Fitri tahun ni maka dah 2 taon aku tak jumpa saudara aku sorang nih. Anta mesej pon jarang balas, dia pon tak anta mesej kat aku... cuma nampak mesej dia kat kotak shoutbox sebelah ni jer laaa. Aku sebenarnye nak tuntut balik bunga utang yg dia pinjam kat aku dulu tuh sbb bayar pokok tapi bunga tak mau bayar rugi laaa ah long bukit beruntung hehhe
So Reza a.k.a Kobes aku nak mintak maaf atas salah silap aku yg mmg disengajakan dan tak berapa sengaja, mintak halal segala yg ko penah blanje aku dan datang ler BP pas kawen nanti. Kem salam kat Krisya ckp kat dia aku still minat kat dia lagi

Arios

kata Pujangga .:: Wanita hanya takut pada 3 perkara disepanjang hidupnya: tikus, uban yang tumbuh di kepala dan wanita2 cantik yg jadi saingannya

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews