24 July 2006

Damainya ku rasa

Hai- hai salam kembali dari Pujaan kpd semua pembaca Pujangga. Baru- baru nih semua pen"sumbang" Pujangga dah jadi rajin nak bercerita di sini ya? ehem- ehem mesti nak mintak bonus 2 bulan dari Pujangga tuh sama cam yg bakal kakitangan kerajaan terima taon ni ^_^

Tapi para pembaca jgn risau Pujaan tetap seperti dahulu..maintain menceriakan suasana dgn cerita exotic,adventure, jalan2 cari makan fresh hanya utk peminat :D

Kesihatan

Baru- baru ni I telah aktif dengan aktiviti sukan namun sesuatu yg buruk telah berlaku :(
Pujaan mengalami kepancitan yang teramat sangat ketika bermain futsal! Mengapa?! Mengapa ini berlaku padaku yang dulu sangat aktif?? Why? Timkai? Oleh itu Pujaan berazam utk berjoging setiap hari bagi menghadapi cabaran futsal (dan disamping menguruskan badan)

Pujaan pernah terfikir kenapa rakyat Malaysia mudah menjadi gemuk? Bagi I ada 2 sebab yang paling nyata iaitu:
A) Taraf gaji yang rendah, kos sara hidup yang mahal
B) Kekuatan batin yang amat dipentingkan

Bagi A tu kan... biasa rakyat Malaysia ni amat gemar meng OT kan diri... for the reason of getting more money lah of coz! Oleh itu lepas kerja selama 10 hingga 15 jam sehari ada lagi ke masa nak exercise? Beza dgn di Barat mereka mempunyai gym di setiap bangunan pejabat..

Surprisekan? Mereka seimbangkan kesihatan dan kepakaran dlm bekerja. Sebelum keja gi gym dulu pastu baru start keje..balik gi dating pastu sok gi gym lagi..

Bagi B tu plak susah I nak deny yang org Malaysia ni amat mementingkannya. Bukan sekadar lelaki tapi wanita pon pentingkan gak.. Especially wanita yang kening bersambung (mengikut kata pakar). Produk batin ni kat pasaran dah macam jajan jer.. sekali makan power satu malam muahahahahaa...dah tu laki bini pon telan gak maka dah macam pendekar beradu tenaga lah yer ^_^

Keamanan Negara
I love Malaysia! yeah aku cintai Malaysia banget! Nak dapatkan aman, nak maintainkan aman... masa kecik dulu slalu harap Malaysia perang sbb leh tembak guna senapang tapi dah besor dan panjang ni baru I faham mahal harga aman nih. . (bukan Aman Shah lagu raya tu yer)
I like pasar malam, I like travelling ngn moto Jaguh I, I nak berniaga cam atuk moyang I dulu, I suka mengurat awek kat pekan... sumer ni takleh buat kalau tak aman.. dan sampai bila Malaysia akan sentiasa aman?
Thailand dah kecundang, Myanmar sampai sekarang laaa, Manila juga sedang bergolak. Oleh itu I sokong apa2 jer usaha utk mengekalkan keamanan negara nih. Untungnya bangsa Melayu ni mudah dibentuk... kena gertak sket terus ikut tapi harap janganlah tunduk pada penjajah nuuuu yer? :-/
Maka pada hari Merdeka ni I nak pasang Jalur Gemilang pada moto kesayangan I huu huhu ^_^

Berjalan- jalan
Few weeks ago I sent my father to the toll gate of Ayer Hitam.. dia nak gi rombongan company ke Penang.. lepas anto tuh my mother gatal plak nak gi shopping... and the story beginss

Kedai yang kami pergi ialah HomeDeco .... tak ingat nama penuhnyer... terletak kira2 200m dari simpang 4 pekan Ayer Hitam atau 100 m dari stesen minyak Petronas.
Keunikan kedai yang I nak cerita ni ialah mereka menjual barang2 hantaran, hadiah perkahwinan, perhiasan rumah (tapi limited lah)... rugi tak tau tempat ni before... uhuk huk T_T...
Lagi satu kedai ialah kedai PNSB.. Porcelaine Niaga Sdn Bhd
Kedai ni lagi mabelessss...kalo korang rasa IKEA tu terlalu urban try laa dtg kedai ni mek oii... Ceramic produk yang macam2 dan idea yg diorg suggest mmg simple..mudah dan menarik... I yg ada kromosom x dan y ni pon leh tertarik.
Kepada yg nak dtg shoping kedai ni banyak kali leh wat member kad lagi you... haaa jgn tak tauu

Kedua- duanya milik penuh bumiputera..satu lagi tarikan kerna idea yg bernas dan usahawan yang berjaya.. cuma bezanya aweks kat HomeDeco lagi lawa dari kat PNSB ^_^

Rakan- rakan
Baru2 nih I dapat msg dari si Masri aka Inspektor Al- Maonah hehehehe.. beliau lum abis lagi kena belasah (kursus) dah masih lagi diiiii KL.. Best laa ko Insp Maon pasni leh ko pau mat ganja laa hehehe
Kalau ko pau ingat laaa rakan2 ek ^_^ Majulah bangsa utk negara
Dan kalo ko skodeng awek kena ketuk ketampi jgn ambik gambo guna kamera hp tau..bahaya tuu bahayaa

Buah- buahan
Skrg ni musim buah tak berapa serentakssss.... bulan lepas durian bulan ni manggis ngn rambutan lakss...teringat masa kat segamat ada rumah yang kat simpang Alai tu pokok rambutannya alahai berjuntai kat atas jalan... geram jer I masa lalu kat situ kalao naek bas.. tapi nak cekut takut tercekut sarang kerengga lak hehehe

Taon ni buah rambutan kat kebun bapak I tak berapa jadi...buahnya kecil dan isinya tak berapa tebal...hmmmm ada yang tanam toksik kat kawasan berdekatan kah? musykil nih
Nanti kalau trip ke2 and ke3 menjadi meh laa datang umah I makan rambutan.. I belanja sambil reunion hehehhe canggih kan?

Oklah until next post...I pon dah lenguh menaip kat sini lelama.. badan pon dah naek berlengas, panasnya mlm nih. See you again guys and bubbaiiiiii

Kata Pujangga- Keinginan seorang gadis ialah seorang suami, dan setelah memiliki suami dia mengingini segala- galanya

1 comment:

Anonymous said...

WEI!!!!!!!!!!! INGAT GAME KITER SABTU NI... MESTI GEMPAK PUNYER..

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews