14 May 2006

Surat terbuka dari Dr M kpd YTM Tunku Abd Rahman

SURAT TERBUKA DR MAHATHIR KEPADA PM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
BERTARIKH 17 JUNE 1969
============================================================


Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17 June 1969


Y.T.M. Tunku,


Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada
ahkbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-na tujuan
patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan
negara ini daripada bahaya yang menganchamkam-nya.

Pendapat-pendapat Tuku berasakan kepada cherita-cherita yang di-bawa
kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang
chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku
suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita
berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang
sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek menbuat kenyataan
yang di-tegor-itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu. Tunku mengelakkan
rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang
subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang
mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang
terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor", ia-itu memberi kepada orang2 China
apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan
hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar
oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai
pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu
orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu
pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India
mebuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku
biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah
Tunku faham perasaan orang Melayu.


Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi
gila dan mengamk sehingga nyawa mereka dan membunoh orang yang
mereka benchi kerana tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab
tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak
di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma'af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang
Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang,
baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang
di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga,
anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal sebagai "The Happy Prime
Minister" walau-pun ra'ayat mederita. Mereka tahu bahawa dalam
deadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China
Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan
dan eskot Polis untok menchari kaki poker.

Sa-balek-ny pula orang2 China tidak sedikit-pun hormat kepada Tunku.
Mereka berkata Tunku "naive" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang
mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari
semua golongan orang China, dari intelek sa-hingga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2
Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2
tentara dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect
kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi
pos. Pegawai Melayu dari Polis, tentara dan askar biasa maseh patoh
kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak
mereka sendiri. Kalau Tunku mebuat apa2 yang tidak di-ingini oleh
mereka, patek pechaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul
kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula
"lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan
tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti
tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister"
tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happines" apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah minipu diri dengan berkata "satu
hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta'akan yang
sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin
sampaikan kepada Tunku fikiran ra'ayat yang sa-benar, ia-itu masa
telah lampau untuk Tunku bersara dari manjadi perdana menteri dan
Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat
nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang
bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek
sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa
yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak
perchaya kata2 orang kerana patek Y.T.M. Tunku tidak akan berkata
begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2
PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta'berhak memimpin orang Melayu.
Jadi Tunku juga akan merpertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua
sudu darah dara Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu
ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2
Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan
lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku
jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal.
Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh mebuat
kenyataan, kenapa keuta2 UMNO tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa
Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri.
Patek berdo'a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati
Tunku menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan
pedas.

Patek Yang Ikhlas



(Dr Mahathir bin Muhammad)

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews