20 March 2005

Huuuuhhh, lots of job.... little of return.... Whasssupp?!!

Hai geng, apa khabar korang sumerrrr? Harap sihat dan walafiat sumer skali. Sejak tukar status nih Pujangga banyak masa nak travel...hampir tiap minggu berjalan2 sampaikan mak Pujangga heran.."Banyak nyer duit ko?"
Well what to say?
So read these out guys.

Laporan Pertandingan Layang2 Antarabangsa Pasir Gudang
27hb Febuari 2005
1.45pm Tunggu bas kat Bus stand BP..sempat jumpa A'ah jap. Dia baru balik kejerr. Ngumpat jap pastu aku pun naik bas.

2.08pm Batu dok sibuk tanya aku bila sampai. Mana la aku tau Batu oii kalau bas terbalik tgh jalan ko marah aku gak.. jgn cari boyfren yg ada sifat camni.

4.15pm Selamat sampai kat Larkin. Pujangga di sambut ngan paluan enjin bas dan tile merah. Meriah sungguh rasanyer. Terus kontek Yowa and Lan.

4.30 Gi makan dulu, ujan lak n very lebat one. Pujangga amik peluan intrvw bebudak 2 org nih. Latip sdg dlm ura2 nak apply kredit kad, Lan lak tgh sibuk nak wat kad... kad jemputan... ho ho ho ^_^ bila tu? Tunggggguuuuuuuu

7.00 Dah puas lepak kat Larkin akhirnyer ujan reda. Decided nak gi tengok wayang. Gi City Square tapi fullhouse.. menuju ke Giant lak pastu.

9.00 Beli tiket kul 9.10. Sempat cuci mata kat kedai lanun cd anime. Rambang mata Latip n Pujangga...banyak sangat yg menarik hati. Cuma poket jer yg menyepi diri.

9.15 Masuk panggung, citer Seol Raiders..upanyer kat sini takder tayang iklan dulu... terus main.. habis rugi 5 minit. Dah tu ada lahabau gi duk tmpt kitorang. Main pindah tmpt duduk 2 kali... nasib baik tak kena sumpah ngann Mak Tanggang *_*

11.00 Gerak balik,miscommunication ngan si Lan (1st time) "ter"teman dia balik Skudai lak. Dah Latip n Pujangga kena travel lagi jauh nak balik Pasir Gudang.

12.00am Selamat sampai ke teratak bahagia Abang si Latip.. lupa nak tanya nama.. sorii bang -_-I, tak sengaja

1.00 Tak leh tido sepanjang malam,rasa panass cam kena goreng.. si Latip lak leh gi bantai explore Pujangga's henset..kemain lagi ko yer?

6.25am "Bangun" tido..ngn pening2 lalat lagi solat subuh. Latip gi tangkap sarap tak ajak org...huuu hu hu

9.30 Bersiap nak gi me'layang2'kan diri. Call Lan suruh dtg, miscomm (2nd time) siap tanya "bukan gi lepas Zohor ker?",sendiri suggest sendiri setuju.. Ni la dia tiang tegak harapan negara.

10.00 Bukit Layang2. Peserta pun banyak yg baru bangun tido...takper la round2 dulu pastu explor muzium lelayang,bayaran masuk RM5. Banyak ler gambau yg di ambik. Layang2 dari besau bangunan sampai ler yg panjang cam rantai emas Haniza Maria di simpan kat sini.

11.00 Lelayang mula melayang... baru Pujangga tau caner Ketupat basi,ikan Jerung, Ikan Dugong tu leh terbang...diorang tambat ngan satu lagi lelayang yg cam payung terjun sebagai penarik mendalah besau2 ni naik ke langit. Ceh camtu Mazlan Saadon pun leh buat..

1.30 Makan tengahari pastu solat Zohor. Lan tak sampai2 lagi upanyer tayar beliau pancit di tengah jalannnn.. tula den dah suruh tuko tayar yg dah botak tu kau degil.

2.00 Nora!!angkat kain..- eh angkat layang2 ari nak ujannnn. Jb n Pasir Gudang terima julat ujan yg agak tinggi pada ketika ini kira2 5mm sehari..he he he Kami menyelamatkan diri ke Bandar Pusat???(Betul ker Latip) n lepak di Kebayan.

4.30 Pujangga dah gatal nak balik sebab kucing kat umah dah call mengadu takder saper kasi dia makan kat umah.. Latip pun dgn pantas drive ke Larkin sambil terlupa yang beg Pujangga still ada kat umah dia. Kena patah balik lepas 8 kilo jalan.

5.00 Gerak yg sebenar2 gerak. Jalan jam skit sbb roti kat kilang dah abis.. kes kes kes. Lan marah Pujangga yg bawak motor Yowa cam cipan laju masa mencelah di antara kenderaan...tapi Lan motor Honda Wave mmg best di keadaan begitu! ^_^

6.00 Selamat sampai Larkin. Beli tiket kul 6.00 pm Johore Motor yg terkenal ngan keburukan dan kelembaban perkhidmatannyer! (dah tau tapi naik gak?!)

6.15 Saying farewell to da Hosts, Latip n Azlan. Thanks a lot for the Hospitality and concerns.

8.15 Alhamdulillah sampai kat BP.. singgah pasau belakang umah pastu titon papaiiiiii.
Trip ini ditaja oleh pemilik Warong My Friends Pn. Fatimah


Laporan Esrar Open 2005
6hb Mac 2005
Hahaha SR still continuing da tradition. Pujangga n Mazlan masih sempat lagimenyempatkan diri utk join da party. These are what happened


11.00 Jemput en.Mazlan di terataknyer. Then proceed to Segar-Mart using the fastest route- Pt Sulong-Pogoh.

12.30 Selamat sampai. Jumpa ramai kwn2 lama,tp lagi ramai budak baru. Rasa cam Alien lak. Tp still ada yg leh dikenali cam Tompel, Bong, Atam and ramai lagii. Tu la ko Latip aku ajak ko tak mau ikut.

1.00 Senior yg dtg ramai la gaks. Dumpak, Tunam n Bakser dtg mlm siap wat show lagi. Cool la diorang dpt meriahkan battle of the bands mlm tuh. Yg lain Kojeng, Zamri Segar-Mart,Mr Hood...

1.15 Naik wing,dpt la berita pasal rerakan sikit. Topek skrg dah jadi peramugara. Terbang sana dan sini mamat tu skrg. Sesaper yg berminat leh call Bong or Pujangga atau dtg sendiri ke Ibu Pejabat MAS sekian. Bai@ Aling duk kat S.A skrg, dekat ngn umah Topek. Asyik merungut amik B.Acc susah jer. Mamat ni siap stay dlm illegal 1 mlm.

2.00 Gi Segar-Mart amik NoreenNor and lunch skali. Pujangga dah mkn nasi wing 1B tapi jaga hati member punyer pasal makan ler lagi skali sbb dia belanja ^_^

3.00 Masuk balik SR. Antara aktiviti ari tu ialah main dart,tarik tali SR v TS and penyampaian adiah. Pujanggaa tengok jer sbb lagi sibuk layang bekas peminat masa dulu2.

5.00 Berangkat balik. Kesimpulannyer majlis taun ni kurang happening sbb bebudak sibuk balik umah due to study week. It's okay guys just keep the tradition live.
Penaja bagi trip kali ini ialah Mi Instant Indome dan Warong Assam Pedas Pt Sulong.Terima kasih kerana menaja kami..
Sekian dari Pujangga utk semua. Jadilah Tiang Tegak Harapan Negara..!


Laporan Majlis Perkahwinan Raduan Kassim n Mak Eton
13hb Mac 2005
Hohoho Pujangga mintak sori berbakul2 sbb tak announce majlis pada kalian.Actually yg dapat kad jemputan ialah NoreenNor a.k.a Mazlan's. So Pujangga kira menumpang jemputan jer lah... hee hee hee ^_^
Par-per pun let's say tahniah to both of them... Radu my man masa kat UiTM dulu banyak tolong Pujangga setel kan kes ngan HEP. Mak Eton walau kau tidak ku kenal tapi lobang hidung tetap menjadi PUJAAN hatiku.

Ahad11.00 Pujangga fetch Mazlan kat umah dia.. Tungguu Wakx(Norazan) tak sampai2 g umah dia terus. Khabar tak baik beliau kansel lak tak mau pegi. Something "ikan" is going on. Naper wakx naper?

11.30 Singgah di rumah Rahman dulu sbb Pujangga nak beli scanner and repair PC yang dah jahnam M/Board nyerrr. Ajak sekali beliau ikut and ada lagi sorang iaitu Yusri Zakaria. So dah cukup korum 4 org.. Isi sampul becee'an and we are ready to go!

11.45 Singgah kat Serom jap. Bincang laluan mana yg harus diikuti sbb kami semua pakar jalan Muar- Segamat. Last2 setuju utk fetch NoreenNor and family dia dulu di rumah beliau. Konvoi majlis kahwin here we come..

12.15 Gi Segamat lalu Bukit Gambir. Bebudak ni berat sungguh sampai keter cuma merangkak jer.

2.25 Selamat sampai di rumah Purple oren NoreenNor...ho ho oh En Aziz sumer dah ready. Tak buang masa terussss jalannn. Pujangga tanya Mazlan "Ko tak join naik van ker??"...beliau takder komen cuma kata "Diamlah ko" Elleh blushing kononnn.

3.30 Dapat cari rumah pengantin ngan senang jer. Nasib tak sesat... pakar ler katakannn. Keluar dari keter terus snap gambar di sana and sini. Pengantin laks tgh makan beradat. Rupanyer tuan rumah kahwinkan akak ngan adik serentak. Ho ho ho senyum manjanggg jer para pengantins.

3.40 Tanpa segan silu rombongan menikmati hidangan. Sodap menjilat kaki ditambah lak yang menghidang lawa2 belaka..HO HO HO!! ^_^ Pas makan masuk ke umah nengok saper yg ada,si Radu lak jalan dlm umah sama jer kat luar umah...kasut tak tanggal. Pelamin ada tapi model takder, paksa pengantin duk lagi sekali ho ho ho...pastu paksa bakal pengantin lak..si raja cuma berani duk kat tepi pelamin jer..mendeeeeeee lah lu!

4.00 Kami mintak diri dulu. Bayar cukai pendapatan-tafsir sendiri pasti berdikari! Saying thanks and tahniah to both mempelai. Ngan perut yg berat kami meningglkan pekan Bukit Keponggg.

7.00 Selamat sampai Pt Sulong. Alhamdulillahhhh

Semoga Allah memberikan kebahagiaan berkekalan kpd mereka hingga ke akhir hayatttt..... amiiiinnnnnn.

Well that's all folks. Lain kali Pujangga akan update gambau lak. Baru beli scanner,pasni nak beli digital camera lak ho ho ho. Assalamualaikum

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews