17 January 2008

January, 2008.. Muharram 1429 Hijrah


Assalaamualaikum dan salam sejahtera kepada para pelawat yg budiman. Pujangga harap di tahun baru ini semua sihat belaka dan begitu jua dgn keluarga anda, keluarga mentua anda dan juga keluarga awek serta pakwe anda belaka.

Adik Syarlinie

Baru2 ni kita dpt lagi berita tentang penculikan kanak2 perempuan iaitu tentang. Adik Syarlinie yg telah diculik pada Rabu minggu lepas di taman Medan. Kenapa laaa ramai sangat org yg berhati kejam kat Malaysia ni? Bagi Pujangga ni adalah salah satu dari gejala keruntuhan system sosial kat Malaysia nih.

Hipotesis Pujangga punca masalah ni ialah dari anak2 yg bohsia duk lahir dulu tak terbela, tak terdidik rupa2nyer dah besar skrg ni… Maka pasni mungkin Malaysia akan ada penjenayah psikotik macam di Amerika, Jepun dan negara maju yang lain.
Maka kepada bakal2 ibu dan bapak, sayangilah bakal anak2 korang dan didiklah dengan betul. Jangan lupa sekolah agamakan diorg. Sekarang ni pendidikan agama dah macam satu perkara yang ganjil kalau dipraktikkan.
Even bila Pujangga tengok mak2 org yg kat opis ni Pujangga terfikir, “anak diorg ni reti ngaji ke idak nih?” well just a personal judgment from me. Peringatan ni pun utk diri sendiri gak. Dok asyik merambu ramba sana sini kang anak tu ikut perangai dah susah dah huhu.

Being a near KL resident

Dah masuk bulan ke 3 Pujangga duk kat Damansara. Dah boleh absorb sedikit sebanyak budaya jadi org bandar ni hahaha.

Lunch harga RM8 dah tak heran.
Restoran Cina tapi Halal dah biasa. Skrg Pujangga paling suka wan tan sup. Syok ohhh
Restoran mamak tapi haram.. pun dah jumpa
Touch n go, smart tag dah jadi kemestian
Keter mahal2 cam Mercedes, BMW, Fiat kalau takde kemik2 calar2 mcm tak sah pulak
Warung wat delivery ke rumah… haha belum test lagi tapi dah jumpaa
Kuih rm1 dpt 3 bijik tapi x sedap selaluuuu jumpaa
One Utama ngn Sri Pentas tiap ari lalu nak gi kejer hahaha tapi x penah jumpa Karam Singh Warlia pong?
TTDI? Alah taman biasa jer takder apa yg hebat pongg
Org Jerman? Dah macam adik beradik dah. Sama2 satu kepala jer ngn org Jawa rupanyer hohohohoho

Cuma yg jadi pelik bagi Pujangga kat sini ialah susah nak jumpa lanun cetak rompak. Kalau jumpa pong harganya huumaangaiiii kemain mahal lagi. Ada sekali tu Pujangga ‘ter’beli cd 3 in 1 harga rm30. kat BP baru rm20 siuttt. Antu punya lanun. Grrrrrr

Well skrg ni tgh pikir samada nak duk sini lagi setaon atau terus balik pas abis kontrak bulan 10 nih. Rasa cam nak duk sini lagi sbb bnyk lagi tmpt lum explore hahahaaa. Ari tu gi jln Masjid India upanyer ada lagi yg belum penah jejak huhu. Takper2 more exploration to come hohohohohohoho.


Gifts/ Adiah/ Present

Hahahaaa kali ni Pujangga rasa cam baik hati sangatt nak bagi adiah kepada pengunjung setia blog pujanggamalam.blogspot.com nih hahahaha.

Tapi sebelum dapat adiah ni kena laaa jawab teka teki duluuu hehehhee. Dan harap maaf, kakitangan Pujangga takleh join hihihi.

Ok saper nak adiah sila jawab soalan yang mudah nih hehehe…

Siapakah nama penuh bagi penulis2 Pujangga berikut:
a- Raksasa C
b- L

Hantarkan jawapan korang semua ke emel gargonite@yahoo.com sebelum 31 Januari. Hanya 2 adiah available so saper dapat dia cepat hohohohoho.

Seronoknya wat kuiz ni ek? Wat lagi lah lain kali hehehehe. Ada soalan?


Emmmm sampai ni jer lah Pujangga mengarut. Sesiapa yg ternampak adik Syarlinie jgn lupa call 999. Siann adik tuh huhu.

Semoga selamat sejahtera semua.. Assalaamualaikum n salam sejahtera

17 December 2007

Kebanggaanku- Yowa

Salam Yowa said.

Petang Ahad, aku baru bangun tido. tgk henset, ada 1 mesej mntk komen pasal dia yg risau masa depan- nk masuk zaman bekerja/kawin etc. aku gi mandi dan terpikir, hal-hal macam tu kurang difikirkan... sebab everything will always just fine.
terfikir pulak kawan2, how they all, most of them so well in life. tak kiralah bagaimana mereka memilih jalannya... sambung degree, master, CAT, ACCA, other professionals, terus bekerja, terus berkahwin, atau menganggur... next time bila
aku dgr balik kisah mereka;

aku seronok dengan kisah kejayaan mereka. Kejayaan pula berbeza pada pandangan setiap orang. scorer memang suatu kejayaan, tapi ramai yg berjaya melalui kegagalan dan kesilapan.

Pada aku, hidup dengan gembira adalah suatu kejayaan. Untuk gembira, tidak semestinya dengan wang. Kadang kala kita cuma perlu kawan, atau keluarga, kerjaya yang halal, buku, komik, komputer, internet,game, bola, lagu, siaran tv,
pemandangan yang indah, kenangan terindah, or even sharing other's happiness.

Memadailah sesuatu yg dapat buat kita tersenyum.

Jumaat yang lalu aku ke KL (skang dh jadi org Subang) sebab ada briefing kat Head Office. tengahari tu cari pot nk solat Jumaat & kami (car pool manager's car) pilih masjid Wilayah yang terletak di Jalan Duta, dekat dengan HQ.

lepas solat, hujan sangat lebat yg menemukan aku dengan Zainal, yang aku tak ingat nickname dia. beliau adalah 1 batch senior kita, ms di Segamat course DIB, bersama Parex (Fazdli), Hairin. Pernah jadi my classmae masa BEL part 2 kalau tak
silap. Dia mula menegur aku, terharu gak dia kenal aku yg bukan batch dia. korek2 cerita, dia bekerja kat IRB (LHDN>) sbelah ni la.

wow, kerja dengan LHDN adalah idaman ramai. Pulit dan MatPet (both wingmate) juga bekerja di sana, lain department. Baru aku tau sbenanye dia ada sambung degree di UiTM Shah Alam, bersama Bupet(Khairul Anuar; my roomate).
Bupet bekerja di... MITI? MATRADE? situ lah. balik tu baru terfikir, patut mintak no fon dia so boleh kita dapat info untuk sesiapa nk bayar PTPTN melalui LHDN (mcm aku
buat).

Hehehe. So, for me itu suatu kejayaan pada mereka. Seronok dengar dia bercerita, Alhamdulillah, rezeki, kali ke 3 interview"... katanya.Hasan(wing 1D) juga IRB di Johor Bharu. kelakar pula mengenangkan dulu, Hasan yg pada disket drive PC nya ada label Scan dulu disket lebih kurang. hehehe. These sweet memory can also make you smile eh.

An adalah seorang lagi yg aku banggakan. Bermula dengan sikap positifnya dulu bagi aku orientate ni suatu perkara yg baik. kalau tidak kita (pihak ter orientate) memang susah nk kenal mereka (senior/pihak meng orientate) bila kita dah mengenali
mereka, kita berkawan. banyak kita boleh belajar yeah... tu An's thought yg memang ada benarnya. Cabaran hidup kita tidak ada yg merugikan by the way.hehehe. Siapa An? beliau webmaster blog ni, PujaAn.

how's his life? i found it some kind of very simple way. susah cari kerja lepas diploma? dia kerja kontraktor, buat bangunan kalau tak silap. then kerja sebagai operation manager di 1 outlet Pizza Hut (the same path of Chibang>-Khaidir I guess). dah puas buat doh (dough), buat pizza, marah bdk2 pas SPM... last2 dia blasah (dan di blasah) bos dia and abscond i guess. hahaha. life's go on. kerja lak Hwa Tai si pembuat biskut as pencuci toilet dan take care of Nepalese, Vietnamese also haha. sambil melarikan diri dari JAKIM, audit, ... dia customise resume dengan sijil2 lain sebesar karpet masuk course for Occupational Safety & Health (OSH), and PJJ Open University. then there's shine of opportunity kat KL, MNC (multi-national company)- Siemens, yg kita tau ada jual henset. Walaupun kerja dengan ikatan kontrak, dengan gaji dan allowance dia sekarang, dia on par dengan aku yg dh melalui 1 annual increment 10% (kalau tak, aku memang kalah).

Dengar cara dia kerja disitu, aku rasa dia handle kerja dia sendiri. dia cipta scope kerja. tak macam aku yg cuma menurut perintah... executable executive. hahaha. 11 Dec 2007 lalu Selangor coti, besday sultan. aku &An gi window shopping (end up i bought nothing) & ketika di IKEA, aku teruja dengan cara dia melayan bos dia si mamat German (and his wife). what a rapport. memang la mcm just formality- tegur bos bila jumpa kat mane2, tp cara dia tegur tu. dengan english-jawa dia tu, cakap mesti ada seloroh... hebat. 1 basic rule bila berada di kompeni besar- make people up there know u for your good things. jangan femes pasal hal tak baik.

Well, Budin (Padli) is a legend! Lepas diploma, tak dapat sambung degree, kerja KLCC ala2 tourist guide (Boje-ijan's path too). berapa ramai foreigners dah dia ajar tentang Malaysia. Hehehe.Budin the Legend yg femes dikalangan gadis2; kini di Oman,
orang kuat kedutaan kita di sana (well... maybe tak kuat mane. kid you), antara lelaki batch kita terawal berkahwin, ber-rumah, ber-baby (soon eh?). Bila aku fikir balik, dulu, rasanya macam takde pon planning hidupnya jadi begini.

Din, is your life is what you imagining while you diploma? nop i guess. (atleast
that 'wife' part not until you graduated right?! hehehe). Budin the Legend; tak pernah balas surat peminat. pernah dapat hadiah lighter+lilin, peringatan jangan
melakukan onar. well... dia (sender) xkenal ngat Budin kot, but it's kind of creative by the way. (Budin's Self-Defensive of Onar!) heehhe. And Budin & Wife sure happy out there. Budin, you must be happier than Donald Trump eh.

we are all happy for you then. Well, dah kul 5 lebih. rasa nk makan makanan ringan lak. better stop here.

Kawan2 lain juga sangat di banggakan. Batu (Hairil) dgn Sime Darby nya, Kobes (Reza Hafiz) dengan 'going professional'nya,Buloh (Bazli) dengan Burger King nya, Bai (Elias) dengan >EY nya, Boje, Ieza, Shahriman, Poochow (Hanif),Waco (Firdaus), Basir (Ridzuan), Taipa, Hairin, dengan bank masing2, BI (Azwan Ariff) da Mat Celcom, dan ramai lagi yg tak tersebut di sini hoho jgn maghah (loghat Perak)

Wishing all of you... us, always happy! till then, tsuzuku.

03 December 2007

Menongkah arus..errr jem heheh

Assalaaamualaikum and kabare semua!!!!

Sejak duk kat KL ni lama sungguh x speaking Jerman sbb skrg ni Pujangga dah berkawan ngn org Jerman hahahaha..

1st of all...
Takziah kpd Norieza dan Shahrizan yg kematian baby ketika masih lagi dlm kandungan.. Baru 4 bulan saja umur baby. Di harapkan keluarga mereka sabar dlm mengharungi dugaann...

Bulan org kawen is Disember

Seperti pada taon2 lepas..bulan ni mmg lah ramai kapel2 yg nak menaik kapal menongkah arus ditemani nakhoda yg gagah perkasa hahaha apa aku merepek ni Syaitonn

Emmm minggu ni PZ kawen lak...x dpt laa nk ngurat ko lagi hahaha..dan bnyk lagi lah yg telah menghantar kad2 jemputan nih.
Kalau den tak dan nak sampai mintak maaf lah yer? Moga kamu berbahagia hingga ke akhir hayat

Sejak Pujangga duk kat PJ nih aktiviti utama ialah menyesatkan diri di lautan flyover yg over kat sini. Sanggup berabis duit di tol demi keseronokan kesesatan mengharung jem nih..
Tapi hasilnya ialah skrg ni org dah takleh tipu jalan dari Puchong sampai laa ke Sg. Buloh hahahahaha
Kat sini cari vcd payah betui...asyik2 jumpa dvd jerr brrrrr


Emmm oklah
sampai disini ajer
saja tulis ni sbb para kakitangan mogok tak mau sokong Pujangga lagi
huk huk huk
ni semua sbb Pujangga kurang bagi kasih sayang kat diorg
huk huk huk

Adieu herr Guten Tag ^_^