09 November 2018

INCOME PROTECTION DAN TAKAFUL: TAK PERLU DAPAT KERJA BARU NAK JOIN, BOLEH MULA DARI ZAMAN BELAJAR LAGI!!!!!!

Pada hari Ahad lepas, aku guna Grabcar untuk pi ke The Gurney Resort Hotel, dari Penang Airport, sebab nak jompak girlfriend therchenta ler. Jadi dapatla driver kaum Tionghua, asal Bukit Mertajam. Nama dia Loo Jin Sheng. Memang peramah, jadi tak bosan borak-borak dalam kereta.

Masih muda, umur 24 tahun. Berhenti sekolah masa tingkatan 2. Alasannya, lebih suka belajar melalui pengalaman daripada duduk di bangku sekolah, buang masa katanya. Lebih baik pi cari duit.

Aku pun tanya lagi, "you full time bawak Grabcar ka?". Dia jawab," Tarak la, I ejen insurance XXXX". Terus jadi modal aku nak korek pengalaman dia.

"Sapa you punya customer? Musti orang keja kilang atau bisnes. Penang senang dapat ma.....", Aku provoke dia.

"Eh, I dapat customer dari student U dengan kolej la, tapi cuma banyak student Chinese yang amik sama I", jawab dia.

Aku tanya lagi, "Student mana ada duit meh, makan pon mau mintak parents"

Dia dengan suka hati kondem aku, "Kalau budak sudah pandai pikiaq future life, dia misti Tau cari duit, depa boleh keja part time ka, saving kurang-kurang 3 ringgit satu hari. Kalau sudah 1 bulan, boleh dapat seratus. Lagipun, depa ada PTPTN, lagi senang mau simpan duit." Logik jugak mamat ni punya ayat.

Dia tambah lagi, "Kita orang Cina mesti kena ada protection dari muda, Kalau umoq sudah naik, badan sudah sakit-sakit, nanti kasi susah orang lain".  Memang pukulan padu bagiku, sebab lambat sedar pasal hal ni.

Apa yang aku belajar dari dia, aku perlu mendidik anak-anak untuk berdikari sejak dari kecik, agar depa boleh "survive" dalam apa keadaan sekalipun. Pendidikan pengurusan kewangan wajib ada pada depa, supaya senang di kemudian hari.

Mr Loo Jin Sheng, terima kasih atas ilmu anda!!!!

#LeanManagementJimmy
#makemalaysiakindagain

SALAM PERKENALAN DARIPADA ABANG JIMMY

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Terima kasih Abang Latif yang menjemput saya sebagai penulis tamu.

Berasal dari negeri Jelapang Padi.

Sekarang berkhidmat di syarikat perladangan kelapa sawit di Johor Darul Takzim.

Semoga catatan dan nukilan saya dapat difahami dan 'dinikmati' pembaca sekalian.

Sekian, terima kasih.

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews