09 November 2018

INCOME PROTECTION DAN TAKAFUL: TAK PERLU DAPAT KERJA BARU NAK JOIN, BOLEH MULA DARI ZAMAN BELAJAR LAGI!!!!!!

Pada hari Ahad lepas, aku guna Grabcar untuk pi ke The Gurney Resort Hotel, dari Penang Airport, sebab nak jompak girlfriend therchenta ler. Jadi dapatla driver kaum Tionghua, asal Bukit Mertajam. Nama dia Loo Jin Sheng. Memang peramah, jadi tak bosan borak-borak dalam kereta.

Masih muda, umur 24 tahun. Berhenti sekolah masa tingkatan 2. Alasannya, lebih suka belajar melalui pengalaman daripada duduk di bangku sekolah, buang masa katanya. Lebih baik pi cari duit.

Aku pun tanya lagi, "you full time bawak Grabcar ka?". Dia jawab," Tarak la, I ejen insurance XXXX". Terus jadi modal aku nak korek pengalaman dia.

"Sapa you punya customer? Musti orang keja kilang atau bisnes. Penang senang dapat ma.....", Aku provoke dia.

"Eh, I dapat customer dari student U dengan kolej la, tapi cuma banyak student Chinese yang amik sama I", jawab dia.

Aku tanya lagi, "Student mana ada duit meh, makan pon mau mintak parents"

Dia dengan suka hati kondem aku, "Kalau budak sudah pandai pikiaq future life, dia misti Tau cari duit, depa boleh keja part time ka, saving kurang-kurang 3 ringgit satu hari. Kalau sudah 1 bulan, boleh dapat seratus. Lagipun, depa ada PTPTN, lagi senang mau simpan duit." Logik jugak mamat ni punya ayat.

Dia tambah lagi, "Kita orang Cina mesti kena ada protection dari muda, Kalau umoq sudah naik, badan sudah sakit-sakit, nanti kasi susah orang lain".  Memang pukulan padu bagiku, sebab lambat sedar pasal hal ni.

Apa yang aku belajar dari dia, aku perlu mendidik anak-anak untuk berdikari sejak dari kecik, agar depa boleh "survive" dalam apa keadaan sekalipun. Pendidikan pengurusan kewangan wajib ada pada depa, supaya senang di kemudian hari.

Mr Loo Jin Sheng, terima kasih atas ilmu anda!!!!

#LeanManagementJimmy
#makemalaysiakindagain

SALAM PERKENALAN DARIPADA ABANG JIMMY

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Terima kasih Abang Latif yang menjemput saya sebagai penulis tamu.

Berasal dari negeri Jelapang Padi.

Sekarang berkhidmat di syarikat perladangan kelapa sawit di Johor Darul Takzim.

Semoga catatan dan nukilan saya dapat difahami dan 'dinikmati' pembaca sekalian.

Sekian, terima kasih.

03 March 2018

Auggie

Salam & good day,



This is a 2017 movie. full of family value, and friendships. I recommend this movie. Kind of sad ...no, its heartfelt story. not meant o be sad; but those with heart would feel it deep and relate able.

the father: if someone pushes you, push back. Don't be afraid of anyone.
Auggie: why are we whispering?
the father: because i'm afraid of mom.

lel.

the father explaining what is floppy disk: it's basically an iPhone. you know, it doesn't play music,  or you can't call, but...

lel again.


try it guys. family movie. suitable for everyone.

16 February 2018

Interlude

Salam and good day, L said,

Baru" ini ... Jap. Tanda " (quote) adalah tanda bacaan yang sama fungsi dengan nombor 2, untuk Malaysia. Warga Indonesia umumnya menggunakan tanda " sebagai ganti 2 untuk kegunaan huruf ganda. Maka, baru-baru ini ...aaah, harap paham la yer.
Baru" ini rakan opis didedahkan dengan pengetahuan tentang kewujudan blog yang diuruskan oleh beberapa rakan opis lain. Maka, bermulalah blogwalk beliau, termasuklah Teratak Pujangga ini.
Ter-inspired; dengan izin...(betul ke cara guna nih?! Izin siapa?), penulis turut bernekad untuk terus menulis dan kemaskini laman ini.
Langkah pertama, install app Blogger kedalam (sempat pikir tu... kedalam, atau ke dalam. Jarak, digunakan apabila ia menunjukkan arah. Rapat jika sebaliknya) fon ini, lantas menaip; sebagai langkah seterusnya.
Selalu, ketiadaan masa menjadi alasan, mengapa blog ini kurang kemaskini. Sebenarnya, banyak idea tapi tak kesampaian untuk meluahkan. Walhal, idea tak perlu terlalu panjang, cukup sekadar mencetus...apa ya...haha.
Dan, penulis lebih rajin memberi pendapat melalui Swarm pabila check in di suatu tempat. Maka buat masa ini, paste ajalah snapshot berkenaan.

Sayugia, ila huna faqad. 1st post via blogger app in android calculator...eh, zukz2. Maceh.

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews