Hari ini ahad, hari khamis akan datang bakal raya aidilfitri. Elok juga diselitkan, penulis memohon maaf buat yang mengenali atas segala kesalahan dan kesilapan diri ini. Sesungguhnya diri ini hanyalah manusia biasa.
Topik kali ini ialah... Linux lagi. kenapa lagi? Penulis tak pernah bercerita tentang Linux di blog ini, tapi ia berlaku. ke, draft? macam pernah....hm...history... sedikit la. Mula berkenalan dengan Ubuntu dalam tahun 2006 kalau tak silap, dan mula request CD dari oversea. dapat pulak tu. 3 keping Ubuntu pertama ialah versi F, iaitu Feisty Fawn. Setiap 6 bulan Ubuntu mengeluarkan distro (distribution agaknya) baru. Request lagi, dan dapat. Gutsy Gibbon, Hardy Heron, Intrepid Ibex, etc. Sampai akhirnya Ubuntu tak lagi memberi dan hantar cd installer percuma. Mungkin sejak Jaunty Jackalope (dan seterusnya Karmic Koala, Lucid Lynx, etc.) perlu download ISO dan instal sendiri.
Lucid Lynx adalah versi terakhir penulis instal/guna untuk laptop Dell XPS m1210-yg-geforce-hangus tu. Penulis tak boleh instal Windows version dalam laptop tu sebab tiada grafik card (tebako!), mujurlah Linux masih gagah perkasa untuk sistem laptop bodo ini (tapi disable la grafik berat, compiz, etc.). Lucid Lynx adalah distro versi 10.04 (bermakna ia terbitan April 2010). lepas itu Penulis tidak lagi bertukar ke-distro lebih baru; hinggalah suatu hari terasa malas update disto, tap mahu sistem yang lebih baik; maka Penulis explore option lain dan instal Linux Mint-Maya. Sistem ini adalah jenis sokongan jangka panjang-LTS (Long Term Support. cuma update sistem, tak perlu tukar distro).
Hinggalah hari ini, Penulis terfikir, apa dah berlaku dalam dunia linux? maka penulis melihat review youtube akan disto terbaik linux setakat June untuk tahun 2013. Dan tertarik dengan versi Zorin kerana kebolehannya bertukar2 interface, sama ada windows Xp, 7, Mac, etc. Terbaik dah ni. Tapi bila tengok video sampai habis, dia tunjuk ranking markah tertinggi sayugia adalah terbaik kononnya ialah Lubuntu. Dengan andaian "L" mewakili "Lightweight", memang ia pilihan terbaik untuk sistem komputer lemah dan lama. Teringatlah komputer 22.7kg yang ada dikampung, yang tak boleh upgrade, tapi generally masih ok, eMac. Pernah disebut pada akhir 2009. Tak ingat pulak jenis eMac yang mana satu...tiba masa untuk Linux keatas eMac.
Operating System banyak bergantung pada processornya. Komputer keluaran Apple lama menggunakan processor PowerPC (PPC) (cuma kini mereka lebih terbuka dengan menggunakan Intel). PPC hak milik Apple, maka kesesuaian sistem adalah terhad (hinggalah kemunculan Linux). Sama dengan prosessor handfon anda, versi ARM paling banyak diguna dan banyak sokongan Google Play, manakala prosessor murah MIPS sokongan terhad. (bila membeli hanfon murah/buatan china/taiwan, ambil perhatian ciri ini). Bagi pengguna Windows, ringkasnya kita umpamakan begini:
Linux = Microsoft = Google Android
Windows XP = Linux version Gutsy Gibbon = Android Gingerbread
Windows 7 = Linux version Precise Pangolin = Android Ice Cream Sandwich

Okay, tgk torrent tu, Lubuntu versi April 2013 dah siap download. ready to install (tunggu laptop free, sekarang anak tengah layan pengguin joget- Happy Feet 2). Lubuntu untuk eMac belum setel. tapi takpa, komputer tu pon ada kat kampung. Kalau ada masa, raya ni aku instal.
Akhir kata, teruslah menuntut ilmu yang tak pernah habis. Lagi banyak kita tahu, masih banyak kita tak tahu.Salam~