Terinspirasi dari tajuk posting berkenaan HERO, cuma kali ini bukan metafora. Dunia fiksyen kita dipenuhi ramai hero, dari arah mentari terbit; super sentai, kamen riders, ultraman, Son Goku, Luffy; hingga ke arah barat dengan hero-hero mereka- Superman, batman, x-man, Spiderman, dan sebagainya.
Berbagai profile dapat dilihat; Ultraman boleh juga dibahasakan sebagai 'saka' kerana warga ultra itu merasuk serta mengambil alih tubuh manusia. Luffy yang memakan buah 'syaitan'. Goku yang sebenarnya warga Saiya dari planet Bezita. Flashman yang diculik ketika kecil oleh makhluk asing. Masked Rider Black yang menjadi ujikaji pihak Gorgom.
Tak lupa juga Superman yang berasal dari planet Kripton, Batman si jutawan dengan kisah silam gelapnya. X-men manusia mutasi. Spiderman yang terkena labah-labah radioaktif. Semuanya dengan objektif kurang lebih sama, mengadili dunia sekitar mereka demi kebenaran, keadilan, keamanan...
Hinggalah, 'hero' kegemaranku buat masa ini iaitu encik Dexter. Ciri unik beliau, mungkin bolehlah dikatakan ...gila (psychopathic). Dengan itu, boleh juga mengatakan; kalau Joker (dalam siri Batman) seorang baik, dia boleh digambarkan bagaikan Dexter. Beliau, Dexter Morgan; manusia biasa dengan masalah mental yang menyaksikan ibunya dibunuh dengan chainsaw dalam kontena, ketika itu beliau berumur 3 tahun. Dan terkurung dalam kontena itu digenangi darah selama 2 hari sebelum ditemui polis.
Sepanjang tumbesarannya, beliau yang ketagih membunuh, memaksa bapa angkatnya melatih beliau untuk membunuh mereka yang patut sahaja i.e. penjenayah. Bukankah ini menjadikan dia seperti seorang hero?
Sebijak detektif Conan, dengan kemahiran sebagai penganalisis darah (blood spatter) di jabatan forensik di Miami Metro Police; serta menyalahgunakan harta kerajaan i.e. rekod penjenayah, cap jari, DNA, beliau mencari bukti kukuh sebelum menjatuhkan hukuman mati pada mangsanya. Mayat dipotong kepada bagian-bahagian mudah dibawa dan dibuang kedalam laut. Pada pandangan polis, mereka ini hanyalah hilang tanpa kesan.
Kini sudah habis 7 musim, dengan 12 episod setiap musim dengan hampir 1 jam waktu tanyangan. Setakat post ini ditulis, sudah selesai 2 episod untuk musim ke-8.
Siri tv ini saya rate dengan tinggi dan dicadangkan untuk ditonton untuk para peminat kisah jenayah dan detektif. Harus diingatkan, siri ini memaparkan aksi 'gore', seram dan ganas dan beberapa scene 'topless' dan sex scene. Penonton tidak matang, mudah terpengaruh sangat dilarang menonton kerana ia boleh menggambarkan modus operandi watak jahat; disamping menjadikan anda berminat dalam tugas polis dan forensik.
tonton dengan risiko sendiri.