Salam & good day, L said.
Telah sampai ke-pengetahuanku wujudnya suatu penipuan yang agak berkesan untuk memeras wang warga marhaen, rakyat kita.
Bermula dengan tawaran kursus pemasaran, binaan website, pinjaman berlesen, pakej percutian, dan sebagainya; serta tawaran harga istemewa untuk memerangkap masyarakat naif yang terdesak menambah ilmu dan kekayaan.
Sayugialah, setelah keahlian termeterai, kursus dicari entah kemana. Panggilan dan sms tidak dijawab, pelbagai alasan diberi; segalanya demi mengaburi jejak-jejak yang tapak keji mereka yang semakin ketara.
Tiba suatu masa, panggilan telefon diterima, dari mahkamah ujarnya, dengan ugutan sehingga sepuluh ribu (RM10k) dipinta, atau pembatalan segera ala-rasuah- ..mahal juga.
Jangan dibiarkan penipuan ini berleluasa, tiadalah mahkamah terlalu rajin menelefon anda, kalau saman ribu berjuta kena ada subpoena, kertas biru- hantar by-hand adanya.
Akhirkata, berhati-hatilah hai warga pujangga, wang kita cari jangan terlalu mudah dibuang saja, kaji dahulu apa jua keputusannya, agak tak kesal merana dan keciwa.
p/s: letih la nak bermadah. berhati-hati dengan MAEDEC, ARGUNG, 4tuneclub, spark bizz, cunla.