29 October 2012

Hello Kitty Land, Johor

Salam & good day, L said this time its an English posting! yay. (you may read using Mr. Crab voice if you like, with pirate accent of course)

I think Johor has become more preferable tourist attraction recently, due to: shopping for branded items in one place- the Johor Premium Outlet; the lego enthusiast- Lego Land, and recently opened (10th Zulhijjah= 26 Oct. 2012) the Hello Kitty Land + the Little Big Club (lets call it HKL+LBC in short).




While everyone talking Lego land this and that, I & me famiglia went to Puteri Harbour for the Hello Kitty Land. Well, for one, Lego land sooooo expensive (RM130) whereas only RM85 for both HKL and LBC. And, its not for me, its for me 21 months daughter. Ek ek ek ek.

27th October 2012, 2nd day of launching; From Shah Alam, Bukit Jelutong toll, and exit at Skudai cost me about RM44 for highway toll. With moderate driving speed and several stop (breakfast, toilet break), it took almost 4 hours. Owh, location to go, 
1º 24’59” N 103º 39’31” E 
for your GPS. Actually I wasted some fuel due to outdated map in my GPS. Johor build road so quick.

Okay, what was there? Its located near Puteri Harbour (useful if you follow signboard). The building still in progress, but the internal somehow completed, I guess. HKL+LBC located within a building with HKL occupy 1 floor and 2 floors for LBC. No nearby sundry/provision shop, 7E, food court, etc, except 2 noted internal cafe (can I say cafe) which expected to full house most of the time. So, plan your meal time. I'm sure you want to value your admission to the max by spending the most hours in it.

1st, HKL, consist of about ...7 activities. Just like any other theme parks, photography is 1 of their source of income. You play, spend time here and there, they take your picture, they sell it to you. RM30 per 5R (or was it 4R, I'd go for 5R) or 3 for RM70. At the entrance you'll notice teapot and cups. Lets roll. hohoho. Remember, you've paid entrance fee, you may be charged for photo and foods.

I/we did not try all activities, some just not suit for us. Nail cosmetic (naaah), Hello Kitty House (uggghh..not big fan), HK doll (RM75 per doll if not mistaken). But I did try Costume Photo where me & family wearing costume and take photo. I laugh hard. And jewelry making. You can choose either to make bracelet or necklace. You can take this home.
And the best part, the dark-black-what-the, I don't remember the name. But its like mystery solving thing. You enter a castle and provided with electronic lamp device, with unique chip detector. Place that lamp at the thing that ask questions. Doesn't matter your answers right or wrong, the most important part is... remember the black/dark sign at the end of quiz, AND don't forget your lamp. After walking in a 'maze' (maze...lol), you'll arrive in a castle I think, and there you have to find 5 lettered password to released the prison-ed hello kitty. You see, password differ between your lamp and others, unless you have the same black/dark sign. So, enjoy.
====
Next, upstairs theres LBC. Playland for kids. yeah...taking picture with Barney's replica, playing Bob the builder's backhoe, dancing ballet with that...mouse. I don't see this in TV. hehe. And arcade game (basketball, whack-a-mole) in Pingu's igloo. His kitchen so similar. Ekekekekek.
Now is your turn elders! Upstairs (3rd floor) there's more games. Travelling with the train, spinning red bus, bumper car (huuhuhu...kid above 4 years only), ferris wheel, spinning heli, and a full-house cafe.

Time to go home.



18 October 2012

Tazkirah...bukanlah semudah yang disangka!

Salam & good day,
Posting ini copy paste dari al-ahkam demi berkongsi ilmu. Penulis asal ialah Ustaz Alitantawi.

Memberikan tazkirah bukan satu perkara remeh, mudah, santai sehinggakan sesiapa sahaja boleh melakukannya tanpa disiplin tertentu. Di sini saya ringkaskan beberapa masalah dalam beberapa tazkirah termasuklah tazkirah sepanjang Ramadhan yang saya temui dan saya masih ingat. Tidak dinafikan terdapat tazkirah yang disampaikan dengan penuh ilmu dan penghayatan lantas memberi kesan pada diri saya dan orang lain. Tumpuan saya hanyalah pada segelintir tazkirah dan pentazkirah sebagai kritikan membina dan peringatan bersama.

Berserta nasihat ini juga saya sertakan cadangan penyelesaian untuk para pentazkirah agar kesilapan yang sama tidak akan berulang. Apa guna kita mengkritik jika kita tidak membantu?
Selamat membaca..

=
1- Terdapat sebahagian pentazkirah yang tersalah dalam menyebut ayat-ayat Al-Quran yang ingin dijadikan isi tazkirahnya. Bahkan ada yang tersalah memberikan terjemahan dan tafsiran. Contohnya terjemahan ayat 'Fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh' [iaitu ayat 191 dan ayat 217 dari surah al-Baqarah] dengan menafsirkan 'fitnah' sebagai 'tuduhan bohong terhadap manusia tidak bersalah'. Ini adalah terjemahan yang tidak tepat. 'Fitnah' di dalam kedua ayat tersebut bukan bermaksud 'tuduhan bohong' tetapi ia membawa maksud 'usaha orang-orang kafir yang mengganggu dakwah dan cuba memesongkan umat Islam dari jalan kebenaran lantas menyemai amalan syirik'. 

Cadangan:
Seeloknya pentazkirah menyenaraikan terlebih dahulu ayat-ayat yang beliau ingin gunakan lalu mengambil sedikit masa untuk menyemak terjemahan dan tafsirannya. Salah seorang ulama tafsir terkemuka negara Arab, Dr. Solah Abd. Fattah al-Khalidi pernah menasihatkan di dalam bukunya Ma'a Qasas al-Saabiqin supaya para pendakwah membuat persediaan sebelum berdakwah agar dakwahnya lebih kukuh dan mantap serta kurang melakukan kesilapan.

==
2- Terdapat beberapa tazkirah yang menyebut hadith-hadith dhaif dan palsu. Adakah pentazkirah itu tahu ia dhaif dan palsu? Saya merasakan bahawa beliau tidak tahu. Namun begitu ia tetap satu perkara yang tidak wajar kerana hadith palsu itu akan tersebar dalam kalangan yang mendengar tazkirah. Contohnya seperti :

'Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China' 
'Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad'
'Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya keampunan, hujungnya pembebasan dari neraka'
'Beramallah untuk duniamu seolah kamu akan hidup selamanya, beramallah untuk akhiratmu seolah kamu akan mati keesokannya'
'Sesiapa yang inginkan dunia, hendaklah memiliki ilmu, sesiapa yang inginkan akhirat, hendaklah memiliki ilmu, sesiapa yang inginkan keduanya, hendaklah memiliki ilmu'
'9/10 rezeki itu ada pada perniagaan'

Sedangkan kata-kata di atas telah pun dinilai sebagai palsu dan bukan hadith oleh ramai ahli hadith dan ulama sejak dahulu hingga kini. Maka bagaimana kita boleh 'terleka' dan 'tersebut' hadith-hadith ini dalam tazkirah di hadapan orang ramai? Kita tidak boleh asyik menuturkan alasan mudah seperti 'nak buat macam mana, saya tak tahu', 'saya ingatkan hadith' atau 'dah lama saya tahu ini hadith' dan sebagainya. Ini bukan alasan kerana hadith-hadith sahih terlalu banyak untuk kita capai dalam buku-buku terkemuka seperti Riyadhussolihin, Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan lain-lain. Alasan itu boleh diterima dari mereka yang mendengar tazkirah, bukan 'pentazkirah'.

Cadangan:
Jadikan buku-buku utama hadith seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Riyadhussolihin sebagai bahan rujukan utama jika ingin mencari hadith-hadith untuk digunakan dalam tazkirah. Tidak mengapa jika kita tidak menyebutkan terlalu banyak hadith. Cukup dengan satu dua hadith pun memadai jika dihuraikan dan dihayati maksudnya.

===
3- Menumpukan sesuatu isu yang kecil dan membesarkannya sedangkan ia tidak termasuk dalam kategori 'wajib' atau 'haram'.

Contohnya saya pernah mendengar seorang pentazkirah beria-ia memarahi orang yang tidak solat terawih 23 rakaat. Manakala dalam masa yang sama ada pula pentazkirah yang seolah menghadkan terawih mesti 11 rakaat dan tidak boleh lebih. Sedangkan di zaman awal Islam perkara sebegitu begitu kecil dan ada yang menunaikan solat sehingga 30 atau 40 rakaat lebih. Ia hanyalah bilangan rakaat.

Manakala terdapat pula pentazkirah yang memarahi anak-anak muda pergi ke masjid tanpa memakai kopiah dan baju melayu. Adakah ini satu perkara yang patut dibangkitkan sedangkan ia tidak wajib dan bukan asas dalam beragama?

Seorang lagi pentazkirah pula berkeras mahukan para jemaah mengkhatam Quran dalam bulan Ramadhan sedangkan ia bukanlah satu tuntutan wajib. Sesiapa yang berjaya khatam 30 juzuk maka ia satu perkara yang baik namun sesiapa yang tidak mampu, tidak wajar kita mempertikaikannya.

Cadangan:
Setiap isu dan perkara yang ingin dibawa mestilah dilihat dari segi 'keutamaannya'. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Fiqh al-Awlawiyyat atau Fiqh Keutamaan menggariskan bahawa pendakwah dan umat Islam perlu menumpukan kepada yang lebih utama. Contohnya mendahulukan perkara wajib sebelum sunat, perkara tentang masyarakat sebelum individu, perkara haram sebelum makruh, perkara yang bermanfaat untuk ramai dan sebagainya. Buku beliau Fiqh al-Awlawiyyat telah pun diterjemah dan elok dijadikan bahan bacaan pendakwah.

====
4- Membawa kisah-kisah pelik dan ajaib yang tidak bersumberkan dari Al-Quran atau hadith sahih. Kisah-kisah ini adakalanya berkaitan umat terdahulu atau kadangkala kisah di zaman moden ini yang belum dipastikan kebenarannya.

Cadangan:
Sebagaimana kita membuat persediaan untuk menyemak ayat Al-Quran dan hadith yang akan kita gunakan dalam tazkirah, buatlah juga kajian tentang kesahihan kisah atau cerita pelik yang akan kita sampaikan nanti. Tidak semua kisah pelik itu benar. Ada kisah pelik dan ajaib yang memang ada dalam Al-Quran dan hadith. Tetapi ada juga kisah pelik yang tiada dalam mana-mana sumber yang diyakini.

=====
5- Berdoa terlalu lama selepas tazkirah sehingga para jemaah tidak selesa. Doa bukanlah satu kemestian setiap kali selepas tazkirah. Namun begitu jika pentazkirah ingin berdoa, dinasihatkan agar berdoa dalam kadar sederhana dan tidak terlalu panjang. Kita semua tahu bahawa Rasulullah s.a.w. pernah memarahi sahabatnya Mu'adz Bin Jabal kerana terlalu memanjangkan solat ketika menjadi imam solat fardhu. Tidakkah hadith ini boleh membuatkan kita terfikir, adakah patut kita memanjangkan doa sehingga terlalu lama?

Cadangan:
Berdoalah dengan doa-doa ringkas yang diterjemahkan agar dapat dihayati oleh mereka yang mendengar tazkirah. Malah amat memadai kalau kita akhiri dengan tasbih kaffarah dan surah al-Asr. Itu sudah cukup cantik dan ringkas serta mencapai matlamat.

Itulah sekadar yang dapat saya kongsi untuk kali ini. Maafkan saya jika terkasar atau mengguris hati sesiapa. Apa yang baik, harap disebarkan.

wallahu a'lam.

15 October 2012

Kapcai the moped

Salam & good day, L said.

Baru-baru ni penulis bercita-cita nak upgrade motor cub. Upgrade sikit je, dari motor sekarang iaitu Honda Wave 125 (2006). Sampai setakat kelmarin, pilihan yang dipertimbangkan dan disenarai pendek ialah a) Modenas GT 128, dan b) Yamaha LC 135 4-speed. Tapi bila usha kedai motor semalam, muncul lagi 1 saingan iaitu c) Honda Future 125.

 



Dengan harga dan kelebihan masing-masing, ditambah pula keperluan individu... setakat ini penulis banyak terdorong kearah Honda Future. Walaupun cubic capacity (CC) masih sama iaitu 125, tapi enjin dengan teknologi baru ini dikatakan lebih menjimatkan minyak. Apatah lagi dengan muatan tangki minyak yang lebih besar dari normal iaitu 5.6 liter. Ditambah lagi dengan pengalaman menggunakan Honda Wave 125, yang sehingga kini enjinnya memang tak begitu mengecewakan.

Teruskan perbincangan. Objektif penulis ialah, upgrade dari motor Honda Wave 125cc (2006) ke motor cub yang lebih baik. Tujuan penggunaan sekadar perjalanan jarak dekat, pergi dan pulang kerja dalam jarak kurang 60KM. Merempit bukan keutamaan, tapi kekuatan pick-up amat dialu-alukan. Praktikaliti, keselamatan dan mudah adalah ciri tambahan yang sama perlu.

Honda Future 125cc
Pro: Design baru, enjin moden, tangki minyak besar, helmet-in, lampu belakang LED, OTR rm5.8k.
Con: cc sama.

Modenas GT128
Pro: 128cc, ada meter RPM, lebih jimat minyak berbanding Future, enjin Kawasaki, OTR rm5.5k.
Con: digital fuel indicator 'mudah' rosak.

Yamaha LC 135
Pro: 135cc, liquid coolant, laju,
Con: OTR rm6.7k, barang panas (suka dirompak).

Walaubagaimanapun, setelah berkira-kira, dengan niat mahu menjelaskan hutang PTPTN dengan diskaun 20% off, mungkin impian upgrade motor kapcai ku perlu ditunda....


02 October 2012

Gunakan Broadband di Vietnam

Salam & good day, L said.

Lawatanku ke Ho Chi Minh City pada April 2012 lalu mendapati, ia sudah menjadi tempat pelancongan yang makin terkenal pada rakyat Malaysia, berbanding lawatanku pada Februari 2009. Pada April lalu, dengan teknologi yang semakin berkembang, memaksa aku mengkaji bagaimana hendak menggunakan broadband dalam masa 1 bulan. Hasilnya seperti berikut.

Dapatkan simkad MOBIFONE berharga 50k VND (kredit 50,005 VND), 


amik pakej MIU sbb kredit 50k VND. dan dapat spped up to 7.2Mbps dan penggunaan 30 hari (hasil bacaan ni  https://mobifone3g.com.vn/index.aspx?s=internet&Lang=1)

dari henset canggih anda, dail (ni guna USSD code):  *090*5*6*1# OK
lepas tu: DK MIU     dan hantar sms itu ke 999.

bla bla bla, xpaham sangant. tapi 40k VND dah tolak. skang dh boleh ber DATA pakej, tiada had sehingga 30 hari. tapi bila habis bandwidth 400mb, speed jadi kurang katanya.

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews