13 October 2011

Australia trip.... Alas!!

Assalaamualaikum dan salam sejahtera.
Bajet 2012 dah dibentang dan persoalannya ialah kenapa budak sekolah dapat duit rm100? Dan ibu bapa lak leh menolak untuk jimat belanjawan? Apa pun harga kereta di Malaysia masih lagi 300% lebih mahal dari kos asal.

Pujaan nak share cerita trip ke Australia pada bulan September yg lepas. Ramai yang tunggu citer ni tp minta maaf lambat sbb the very very very busy lately.

Trip ni telah diaturkan oleh regional safety department supaya wakil safety tiap plant akan buat audit plant lain. So Pujaan punya trip dirancang supaya mengaudit Australia di Henderson dan Perth. Berikutan dengan trip ni maka satu wish list telah berjaya di pangkah :-)

Seminggu b4 berlepas
Usha ramalan cuaca... antara 18 ke 16 siang dan leh cecah 8 kalau malam. Fuh camana cuacanye tu? So gi laa Universal Traveller utk dapatkan bantuan. Bagusnye kedai ni ada guide kalau bawah 25 apa nk pakai, bawah 10 apa nak and so on. Jadi di universal traveller satu jaket tebal penuh dgn span dibeli dan gi Reject Shop untuk beli long john dan jaket lagi.

Pastu isu halal sudah pasti akan masalah. Pujaan beli roti Gardenia, biskut kering, tuna in mayo, kaya, Milo 3 in 1 dan rendang daging yg dimasak oleh ibu mertua ku.

Day1
Driver sampai umah jam 6am sbb flight kul 9am di Changi. Pas kiss kiss dgn isteri bertolaklah Pujaan. Naik Quantas, first time juga. Pas check in bag terus menuju ke terminal. Oh ya ada sorang lagi Regional Manager gi ngn Pujaan. Dia ajak gi makan kaya toast pagi tu tapi Pujaan x berani sbb takut airport Changi ni besau mcm KLIA. Tertinggal kapal terbang bukannye isu kecik ooiiiii.

Naik kapal terbang terasa jakun dgn seat ada 3 baris dan tv beserta dgn game. Tapi apa2 hal pun ngorok sudah semestinya agenda pertama. Flight dijangkakan mengambil masa 5 jam setengah sudah pastinya tidak seronok jika sedar setiap masa. Aktiviti lain ialah layan movie, dengar lagu dan makan. Masa tidur tu layan album Michael Bublay. Boleh tahan juga rupanya si MB ni.

Jam 1.15pm pesawat pun landing. Dah terasa sejuknya dari dalam pesawat lagi. Kat kastam beg diperiksa dgn detail sbb Pujaan declare ada makanan. Cik puan kastam tu rampas tuna in mayo, rendang dan milo. Alasannye ialah baranga berasaskan telur, susu dan daging x dibenarkan masuk. Peliknye kaya lepas pulak? Mungkin sbb dia x leh baca ingredient dlm bahasa Malaysia kut.

Tunggu si manager ni sampai sbb dia naik Singapore Airlines lmbt 15 minit. Pas dia sampai terus ambik teksi menuju ke Fremantle. Benda yg canggih kat teksi ni ialah dia ada GPS dan mesin kad kredit. Lagi satu dia caj sampai AUD60 untuk trip sejauh 45 minit huhu. Oh ya kat sini udara luar bangunan lagi sejuk dari dlm bangunan. Sejuk mcm air cond.

Sampai hotel dlm 3.30pm. Dpt berita yg kedai kat Australia ni tutup kul 5pm. Sampai bilik solat jap pastu terus kuar semula mengejar kedai2 yg x sabar nk tutup tu. Kitorang round kat Fremantle market smbil jeling2 kedai halal yg ada. Pujaan try beli buah lokal iaitu buah Apple dan Pear. Pear dia besar ooo lagi besar dari penumbuk Pujaan.

Kul 5pm balik semula hotel dan 7pm gi dinner kat hotel Turki yang berjaya dijumpai tadi. Malam cuba call isteri guna Skype tapi gagal. Pelik sungguh.

Day 2
Sini Subuh kul 4.44pm, Zohor kul 12pm, Asar kul 4pm, Maghrib kul 6.15pm dan Isyak kul 7.30pm. So jadual Pujaan dah jadi out sikit sampai tercungap2 nak catch up. Pepagi si manager ni ajak gi sarapan. Nasib baik dh sarapan kat bilik so order hot cokelat je. Naik teksi lagi gi plant di Henderson itu.

Plant ni rupanyer plant sementara je. Jumpa wakil safetynye Miss Sarah Vaughey. So bermulalah siri audit selama 3 ari kat sini.

Kul 6pm balik. Malam keluar lagi round sambil cari makan. Mkn lagi kat restoran Turki smlm. Harganye hmmm memang lah potong tangan dan leher. Sini kul 9pm dah sunyi dah so jalan sikit sekitar hotel then balik je lah bilik. Kat bilik sambung lagi wat keje utk prepare hari esoknye. Try lagi setup Skype dan akhirnya berjaya. Free call siap leh video lagi. Terubat rindu di hati.

Day 3
Sama cam smlm kul 5am dah bangun dah. Layan tv Discovery rancangan feveret Myth Buster. Rancangan tv Australia ni banyak drama boring cam Malaysia. Lainnye banyak iklan pasal suruh beli insuran hayat dan rancangan bercakap. Kalau sukan lak dari pagi sampai malam duk layan ragbi je. Saing dengan piala dunia ragbi, Australia pun tgh hangat dgn liga tempatan diorg.

Arini ada org ambik so x payah bayar tambang teksi yg AUD30 tu. Lunch pulak akhirnya dpt menjumpai Nando's terdekat huhu. Apa lagi terus hantam laaa. Audit x berjalan lancar sangat sbb yg tukang jawab ni baru join 11 minggu. Kul 6pm Pujaan perasan ada guard naik ofis halau orang balik. Ni kalau di buat kat Malaysia confirm guard ni kena tendang dah.

Petang nye balik. Cakap dengan si manager malas nak join dia makan malam. So Pujaan melangkah sorang2 round kat pekan tu sampai sesat. Hujan plak tu. Masalah kat sini ialah tak tau camana nak cover muka dari angin sejuk ni. Cuma leh cuba sehabis baik untuk sorok muka dlm jaket je huhuhu. Kat sini bangunannye macam kat Melaka. Dibuat dari batu bata dan designnye macam orang London gitu.

Well actually Fremantle ni ialah tempat org British buang penjenayah seperti pencuri roti, penipu dan membuang air kecil merata rata. Encik Fremantle ni ialah kapten kapal yg landing kat tempat ni dulu. Fremantle ni pulak jadi tempat persinggahan bot2 dari Eropah ke Asia. So macam bandar pelabuhan lah.

Day 4
Hari terakhir audit di Henderson. Akhirnya abis juga audit kat plant nih. Si manager sbg Lead auditor buat presentation pembukaan dan Pujaan buat separuh lagi.

Malamnye kitorg gi makan kat seafood yg kitorg usha dari hari pertama lagi. Fuh ikannye, kupangnye, lobsternya mmg tahap besau2 lah. Tapi sehidang makanan harganya sama macam dkt restoran Turki punya harga. Join dinner tu ialah sorang engineer dari Henderson yg berasal dari Singapore. Dia share lah cerita camana duduk kat Fremantle ni. Secara asasnye... boring. Kedai tutup jam 5pm tiap ari, sejuk, panas dan orang aboriginal yg dah moden.
Immigrant kat sini boleh beli rumah lepas duduk dlm berapa tempoh. Cukai setinggi 35% tapi perubatan dan pendidikan percuma hingga ke universiti. Harga barang juga x semurah macam kat Singapore atau Malaysia.

Malam itu sungguh sejuk brrrrrr. Nasib baik ada Skype leh cair segala yg beku huhu.

Day 5
Kena audit di Perth pula. Kali ni ofis dan kali ni Pujaan lak kena jadi lead auditor. Kali ni kitorang try naik train miahahahaha. Sistem tiket automatik (eleh mcm naik komuter tu) cuma sekali bayaran walaupun tukar sekali tren (ni x mcm komuter lak).

Ofis ni alamatnye kat The Esplanade. Kalau hotel kitorg duduk tu Esplanade nye ialah padang so cari lah padang. X jumpe.... huhu jadi tunggulah si Sarah ambik kitorg.

Lepas opening meeting terus dlm mode audit pantas. Sendiri tanya soalan dan sendiri juga jawab siap dgn cari evidence. Makan tengahari pun simple2 aje pastu dgn pantas sambung balik audit.
Petangnye untuk mengubat kepeningan kitorang audit si Sarah bawak gi jalan2 kat King's Park. Taman bunga yg juga taman jogging yg sangat besarrr. Kitorang jalan2 sambil hirup udara segar dan release sikit penin.

Pas di hantar pulang ke hotel Pujaan rushing kuar balik sbb nak kejar supermarket yang dikhabarkan buka hingga "larut malam" 9pm. Dlm tgh jalan laju2 tu terserempak dengan sekumpulan aboriginal yg tengah cakap kuat2 dan peluk tong sampah. Salah sorang aboriginal tu tepuk Pujaan dan kata "Willyougimmesomemoneytomeforbuyinglottery mate?" 2 kali Pujaan suruh ulang sbb accent dia pekat gila. Pastu Pujaan kata "ok" dah blah menuju ke supermarket.

Sampai kt supermarket punya lah happy dpt beli barang makanan yg diperlukan. Supermarketnya ada seksyen Asian food you. So leh jumpa barang Malaysia lah kat sini. Masa tengah shopping leh pulak terserempak ngn si manager ni. Apa lagi jimat duit dinner lah hehehe.

Pas shopping menuju ke kedai Ali Baba and 40 dishes. Rupanye ada budak Melayu keje kat situ. Zaid nama dia. Dah 10 tahun duk kat Australia tinggal ngn abang dia. Baru umo 20 tahun. Lahir kat Pahang tapi besar kat Bangi. Seronok dpt jumpa org Malaysia. Kalau korang datang sini silalah melawat budak ni ye.

Malamnye Skype lagi ngn isteri dan juga adik Pujaan. Saje nak check perubahan di tanah air sendiri hehe.

Day 6
Ari terakhir audit di Australia. Semangat yg hampir padam menyala kembali. Dari naik keretapi dah fikir strategi nak abiskan dengan pantas dan efektif.

Masa lunch berjaya jumpa restoran Asia kat satu supermarket. Pujaan perasan yang supermarket ni penuh dengan org shopping. Patut laaa kedai leh tutup kul 5pm.
Petang tu lepas audit kami menghela nafas yang panjang. Ibarat baru lepas abis training kat BTN dan lega dari siri makan yg panjang. Sorang regional manager yg duk Australia ni bawak kitorg jalan2 around Perth. No 1 sekali dia tolong carikan restoran halal di Perth dan hakuna matata! Jumpa restoran Indonesia Indah.

Bila dapat makan nasi tu rasa cam nak nangis huhuhu. Order rendang, sate, chap chai, bandrek dan lain lain. Diorg pun enjoy juga makan makanan Indonesia tu.
Pas makan si regional manager Australia ni bawak gi memburu Kanggaroo. Satu fakta menarik tentang Kanggaroo ialah apabila Kapten Cook nampak bendalah ni dia tanya kat org aboriginal tu "Apa kebendalah tu?" Orang aboriginal jawab "Kanggaroo" yang bermaksud "Aku tak paham kebende yang kau tanya ni?"
Malam tu pusing2 pun x jumpa juga kanggaroo. Takda rezeki. So balik je lah semula ke hotel.

Day 7
Ari balik. Tengok jadual flight kul 7.30am so kena blah dari hotel kul 5am. Dan kul 5am lah baru Pujaan bangun! Dengan kadar 0.08 seconds Pujaan bertukar ke baju tahan api dan terus naik cab.
Beratur kat kaunter dan atendan tu kata "Kami x jumpa nama encik lah". Keliru terus Pujaan buka laptop dan tunjuk intinerary. Tiket Pujaan tak confirm dan waitlisted kut ada seat kosong.

Pujaan duk kat bangku sms isteri kata x jadi balik arini sbb tiket takda dan tengok balik itinerary tu. Rupanye salah jadual daaa. Patutnye naik flight kul 11am bukannye 7.30am. Huhu hampeh. Gi kat food court dan sambung tidur kat sofa.

Flight yg ditunggu akhirnya tiba dan jumpa lagi negara Wallabies! Moga singgah lagi hehe :-)

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews