Salam sejahtera to uols. Pujaan kembali dgn cerita wayang kali ni.
Sabtu semalam selepas balik dari assignment luar Pujaan berasa relieve yg amat dan teringin sekali untuk lepaskan lagi bnyk stress yg mengganggu gugat idup Pujaan pada minggu lepas. Keinginan bertambah kuat pabila mengingatkan internal audit minggu lepas yg amat mendera minda itu huhu.
Lepas diskusi dengan Nora Chan kami bersetuju utk ke panggung di U Mall menonton Nur Kasih.
Kami x pernah gi U Mall ni so sekali lah cuci mata tgk tmpt baru. Lokasi berada di Taman Pulai Perdana berhampiran dgn Jusco Taman U. Saiz bangunan yg sederhana berkongsi dengan Giant dan MBO. Lepas parking terus gi ke kantor tiket wayang. Show jam 8.45pm dah full house, 10.30 plak ada kosong dan nasib baik ada 2 seat yg kosong tapi ada sorang yg duduk di antaranya. Gamble jer lah beli terus 2 seat tu.
Lepak di LC Catering minum Nescafe dan Kopi O saiz besau. Tunggu masa menonton tiba.
Filem ni mmg menarik perhatian family nenek, makcik, ipar, bdk kecik dan brader2 yg kena sponsor diorg wahahaha. Pastu movie start jeng jeng jeng.
Plot cerita telah diolah dan susun dengan cantekkk. Pujaan puas nonton tanpa terlalu banyak serabut di kepala. Gimik diselitkan e.g. babak terrorist menyerang pasar pun cun. Cuma bab keretapi meletup macam kartun sikit but negligible.
Babak feeling pun mmg feel. Rasa sedih tp gua leh tahan lagi beb. Ada isu semasa diselitkan bila ustaz dijemput Adam enggan join kelab remaja dan kanak2 coz bdk2 berpakaian x senonoh dan lelaki perempuan takda tirai yg pisahkan diorg. Kabir Bhatia not go too deep into it but just cukup utk renungan.
Then ending juga surprising coz its a happy ending. Mood gloomy& stress sepanjang movie cheered up by the ending. Kelas gitu. Bila nmpk trailer movie ni kat tv pagi ni terus teringat mood tu beb.
As conclusion Kabir Bhatia did an excellent job again. Pujaan sanggup nk nonton is because dia lah yg jadi pengarahnya. Satisfaction guaranteed. Pas tengok movie ni pun menyebabkan kita appreciate life more and appreciate our wives more.
So gi lah nonton kalau berkesempatan. Orang di Jb kalau korang asyik x dpt tiket kat Jusco Tebrau dan CS, gi lah Pelangi Leisure Mall. Gerenti dpt tiket walau tak book.
Muchas Gracias. Signing off