12 December 2010

Istanaku @ Teratakku

Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan, kini giliran aku pulak kena update dalam blog. Entah kenapa kali ini aku lambat sedikit. Mungkin kerana aku terlalu sibuk dan aku telah ditukarkan tempat bertugas di Cawangan Nilai. A new experience. Nanti cukup sebulan aku citerlah pengalaman aku.

Kali ini aku nak bercerita tentang perjalanan cerita aku membeli sebuah rumah lelong.

16.6.2010 - Aku menyiapkan duit sebanyak RM6,804.00 sebagai pendahuluan. Duit ini kena disediakan kerana ini merupakan syarat penting untuk masuk membida selain borang yang akan diisi di Mahkamah.
17.6.2010 - Hari pembidaan. Aku berjaya membida rumah tersebut dengan harga RM77,000.00. Kena gak fight ngan seorang minah ni.
18.6.2010 - Setelah siapkan semua persiapan, aku menelefon member aku di HR untuk syarat2 yang aku nak kena buat untuk masuk loan. Setelah diyakinkan ngan member2 aku pun menyiapkan dengan cepat semua dokumen dan hantar di
HR untuk tujuan kelulusan.
25.6.2010 - Saja aku genapkan semimggu untuk call kerana diorang dah cakap seminggu dah lulus. Alhamdulillah, loan aku lulus RM80,780.00 termasuk yuran guaman dan Takaful. Sekarang ni tinggal tujuan proses dari HQ lak untuk meluluskan dibursement(pengeluaran wang). Ini yang mengambil masa lama. sedangkan tarikh tamat ialah pada 17.10.2010. Lupa aku nak bagitahu lau beli umeh lelong, kena settlekan dalam masa 120 hari dari tarikh berjaya bida. Tu yang kena cepat. Lau tak, hangus downpayment. Lain dari beli umah baru and subsale. Lau lambat, kena bayar interest developer je kan?

Dalam masa tu, aku ada pergi tgk umah tu. Rupa2nya owner lama masih lagi tidak keluar sepenuhnya dari rumah tersebut. Masih ada barang2 dia di dalam dan rumah itu berkunci. Salah aku gak tak selidik dulu rumah itu.

6.9.2010 - Akhirnya aku berjaya mendapat tahu yang loan aku dah disburse dan aku boleh menarik nafas lega kerana rumah tu dah hampir pasti milik aku. Alhamdulillah.

So, aku ambil inisiatif untuk menghantar surat kepada owner tersebut kerana aku dapati dia masih singgah di rumah tersebut. Cuma aku je tak berkesempatan untuk berjumpa kerana menurut jiran, dia hanya singgah pada waktu tengah hari.

25.9.2010 - Tak kusangka owner rumah telah call aku and dia berjanji akan keluar rumah pada bulan berikutnya.
27.10.2010 - Owner lama telah keluarkan barang2 dia dan aku memulakan kerja mengemas rumah.

Aku ingat nak stay je rumah tanpa renovate tetapi rumah tersebut dan dibuat kabinet dapur batu. So, aku dah save untuk renovate cabinet dan aku berpendapat untuk renovate depan dan belakang untuk keselesaan. Mula2 budget kecik je, tetapi setelah difikirkan baik buat sekali je. senang sket.

So, kerja renovation pun bermula...
3.12.2010 - Renovation telah selesai. Alhamdulillah..

04 December 2010

Bermulanya zaman Berkahwen Pujaan& Nikeirina ^_^

Malam tadi, 3 Dec jam 10pm dengan sekali lafaz maka sah teruus ijab kabul Pujaan dgn dara pujaan si Nikeirina. Alhamdulillaah dah dipermudahkan urusan. Mak Pujaan sampai menitik air mata kegembiraan.

Lafaz ta'liq pun sudah, bersumpah utk melindungi, memberi nafkah, mendidik si isteri agar mendapat keredhaan dari Nya.

Klik gambar sampai jam 12. Majlis berinai rupanya duk atas kerusi dan senyum ajer. Penatlaa tunggu mana berinai nye nih?

Shooting gambar mmg best. 1st time bergambar rapat2 ngn awek cun. Hoho patutlah ramai org buat. Cuma yg tak bestnya bila photographer x bagi Pujaan senyum lelebih. "Mata abang ilang kalau abang senyum". Huhuhuhuhu

Pastu balik dulu Gelang Patah dgn angkatan rombongan pengantin. Melepaskan lelah dulu sebelum mengangkut pengantin pompuan balik ke sini hohohho. Sejuk ati bila isteri cium tangan masa nak tinggalkan dia. Takpa ari ni abang dtg balik hohoho.

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews