Salam,
Haaa kali ni Pujaan nak cerita sikit pasal industri oil and gas. Seperti mana yang kita tau ini adalah industri yang terkaya di dunia kerana produknya yang digunakan setiap hari, setiap waktu. Yang Pujaan nak cerita ni ialah mengenai subsea atau dasar laut.
Ini ialah bahagian upstream atau carigali. Bahagian downstream lak macam loji penapisan, refinery dan segalanya lah.
Kilang Pujaan produce
pokok krismas dan
wellhead. (malas nak letak gambar sbb design benda2 ni semua ada copyright nye. so sila lah klik ye ^_^)
Kedua- dua mesin ni digunakan di dasar laut. Camana guna?
1. Mula dengan gerudi dasar laut dlm 50 kaki gitu.
2. Pastu masukkan wellhead yg pertama. Beratnya adalah dlm 20 tan gitu.
3. Pastu ulang step 1 dan 2 sampai laa tertebuk telaga minyak.
4. Telaga minyak ni ada tekanan nye sendiri. Ada laa dlm 15 ribu ke 30 ribu psi. (Tayar kete 35 psi je)
5. Pas dah gerudi, satu lagi alat namanye BOP diletakkan di atas wellhead ni. Fungsinya untuk cegah dari minyak melimpah keluar dari telaga.
6. Kendian baru lah pokok krismas ni diletakkan kat atas BOP. Berat pokok ni adalah 40 tan gitu.
7. Pokok ni fungsinya mengalirkan minyak dari telaga ke satu pusat pengumpulan di dasar laut jugak namanye manifold.
8. Dari manifold baru lah gi ke kapal, pelantar atau ke refinery terus di daratan.
Nak info selanjutnya klik di
sini
Orang subsea ni kerja nya main dengan tekanan dan juga besi. Kat kilang ni besi dah macam tauhu dah. Calar sikit reject. Bayangkan kalau besi berat 3 tan yang harganya lebih dari harga kancil kena rejek dek satu calar yg guna magnifier baru nampak? tak masuk akal tapi cam tulah budayanye kat sini.
Tekanan lak bukannya tekanan perasaan. Tapi tekanan hydro dan tekanan udara yang digunakan utk uji bahagian2 pokok dan wellhead.
Mengenai gaji atau pay lak, industri ni memang menjanjikan gaji yang teramat lumayan. Budak baru grad poli basicnya terus aja Rm1.7k gitu. Itu pun merungut lagi katanya rendah. Rasa cam nak sepak2 aje budak ni.
Kebanyakan orang yg masuk sini akan diturunkan pangkatnya tapi dinaikkan gajinya.
Ada ramai engineer kilang masuk sini cuma layak jadi operator mesin atau machinist aje. Tapi dengan keje 4 ari seminggu termasuk OT 4 jam sehari, 2 hari cuti, tiap bulan diorg leh dpt sampai 6k sebulan. Manager level lak terbalik. Pangkat mungkin sama tapi gaji pokok direndahkan. Elaun pulak besar- besaran so kalau dikira total dpt mmg lagi lebih dari industri lain.
Cuma masalahnya ialah utk memasukkan diri ke dalam industri ni bukannya mudah. Screening bukan saja dari kelayakan, tapi juga skill, mindset, kesihatan dan latar belakang secara total. Kalau ngn kompeni lain kebanyakannya ada prosedur sekadar prosedur tapi industri ni mmg diorg screen betul2. Nasib baik Pujaan lepas walaupun bergaduh dgn direktor masa interview dulu... Alhamdulillaah.
Lain pasal industri ni lagi satu masalahnye ialah karier development. So far kat Malaysia agak terhad kompeni2 oil and gas yang dah buat tapak. Yang ada kilang ialah seperti Cameron, Petronas, Shell, FMC Technologies, Technip (Asiaflex), Kencana, Halliburton dan Aker Kvaener. Lelain secara kecil kecilan lah cam Schlumberger, Baker Hughes, Ameron dan Natco. So bila dah join ni nak join industri lain balik timbul lah persoalan nak ke diorg bayar gaji yg dah overwhelming ni?
Pujaan ada dengar ada machinist yg jadi manager kilang simen dekat Pasir Gudang pas berenti kilang ni. Well maybe that's the only way lah. Kena terima bigger role hahaha.
Lain yang menarik pasal industri ini ialah Health and Safety nya tahap dewa. Balang kaca terhempas kat pantry sbb tangan licin pun kena report, ambik statement, ambik gambar pastu keluar report corrective action. Lagi tambah dengan insident tu disebarkan ke seluruh dunia sebagai lesson learnt. Tak ke haru tu?
Ok lah sampai kat sini je. Saja nak sharing stress kerja kat korang semua wakakakaka.
Selamat Beramal. Assalaamualaikum