27 February 2010

Umur 28 tahun

Tahun ni sedar x sedar bagi mereka yang lahir pada tahun 1982 telah masuk ke angka 28 tahun dah. 28 angka yg cantik, nombor genap gitu.

Umur 28 tahun melambangkan kematangan.. Kalau dlm sesetengah organisasi, org2 yg umur 28 ni kira antara yang dijadikan orang penting yang diharapkan akan menjadi leader in the future.. ye ke? Masa ni lah boss akan bagi challenges yg macam2 sampailah korang x larat nak handle.
"Biar ko tau langit tu tinggi ke rendah" falsafah diorg. Masa ni kalau wat silap pun org x heran coz pengalaman dah ada dah. Kalau kena bambu pun sekadar nak mengingatkan aje.
Tapi kalau kena bambu cam budak baru join kejer jgn segan2 lah nak gigit diorg balik. Dah umo 28 mesti tegas dlm pendirian.

Kalau dlm family lak, umur 28 ni org mesti tanya.. "anak umur dh berapa taon", "dah berapa dah?" Kalau tak kawen lagi bagi lelaki ni umur yg paling laku lah. Nak aje makcik2 sebelah umah nak ambik jadi menantu. Ye lah kerjaya pun sdg di peringkat above average.
Yg ladies klw x kawen lagi, berebutlah org nak rekemenkan. Takut sejuk cam nasi lemak pada jam 11 pagi.
Parents kita pula dah masuk umur pencen... dah tak gi keje pagi dan balik petang lagi dah. Duk goyang kaki kat umah harapkan anak nye yg umo 28 ni lah pulak yg menyumbang pada keluarga.

Pujaan?
Alhamdulillaah so far Pujaan di laluan yg betul menuju kejayaan. Sedang menikmati kemuncak kerjaya di peringkat sederhana dan bersedia utk memasuki ke level yang lebih mencabar. Harta ada lah sikit2 cam peti sejuk, mesin basuh n laptop utk memudahkan urusan harian.
Isteri? Isk isk isk susah nak jawab. Kang nanti kalao dah dpt kad tu kira Alhamdulillaah lah.
Org sombong n gemuk cam kita ni saper lah yg nak hehehe.

But whatever we are doing now, kita ni di peringkat akhir pemuda... masuk je umo 30 kalau raya tu x de nye bdk2 nak panggil korang "kakak" atau "abang". Ni dah layak di panggil pakcik makcik dah muaahahahahahahaha.

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews