28 August 2003

Aku lagi.sori la, gmbar tak kuar.upload aku gagal. lebih 1mb file tu tau. aku punye blog pon problem. xleh publish pon!
apatah lagi nak edit template.

so, sini la aku tumpukan perhatian yer. buleh?

Assalamualaikum. ni contoh gif dari cite(game) MARK OF THE WOLF.




CAMNER NAK BUAT? xsusah. kena ada program Flash Macromedia.
then kumpul gambar bebanyak, ..... senang kalau korang ada Neoragex la. korang dah pilih scene mane nak di-gif kan,
save la gambar2 tu.macam cite katun la. tekan F9 bebanyak. skali tekan tu, 1 Frame. kalau pakau Kawak, pause(Enter)
then ctrl+p untuk save gmbar tu.

Bukak program Flash, File>Import> then amik satu file gmbar tu dari foldernyer la.kalau step korang betul, dia kate image tu sequential. amik la.ok.
so,dlm flash dah masuk gmbar tu ka.cube tekan Enter.gerak tak?

Skang nak produce jadi gif.sebenarnye, jadi mende lain pon bleh.tapi gif la paling ok rasenye. klik File>Export movie>
kat bhgn Save as type tu, korang pilih la.yg aku ajar ni Animated gif(*.gif) la.

Thats it. selamat mencuba!!!
Bubbye.

bwh ni 2 lagi, Kim Jae Hoon(MARK OF THE WOLF) & Musashi(LAST BLADE 2).





sepatutnye, kotak2 tu kuar gambar animasi. ingat lg nak camner nak buat?

Hai An, ko baik ngan En Abdul Naseer yer?! bagus la. nak kem slm ke tak? ingat lg ke aku?
aku gak kat sini kene buli. Jahat bebudak ni. tapi, siape peduli, ye tak? kata buleh luah perasaan kan! 13hb Sept, ada minggu bhs arab. kena la buat persembahan, sume yg amik arab la. ikut klas. MAUT. kelas aku kena buat DIKIR BARAT dlm bhs arab. biasenye, ni bukan hal aku. peduli ape yetak?
teringat dulu2, masa BTN Anis(Hidayah, DBS) kata aku 'lepas tangan'. ha ha ha ,tak dpt dinafikan.

so, the problem now, aku lak yg kena handle bhgn persembahan kitorang. lak tu suruh aku baca doa perasmian. mane aku reti!
nak tolak, aweks2 yg suruh. Poochow pon volenteer kalau ade peluang.
itulah saye. tapi, sincerely, aku suke macam ni. senang nak rapatkan hubungan klas mate. yetak?!

anyway, baru aku ingat, Buluh (Bazli, DIB) kata hebohkan no henset baru dia. nasib la.0129330742

till then, maassalam
Assalamualikum. apa crita? Yowa kembali! suke tak? ;)
Baru2 ni ktorang bebudak B.Acc pt1 (sem 4) jengka Pt masuk weh! pakcik kayo. sorila...tak dapat nak blanje ngkorang. jauh ngat. xde rezki la itu.
so, ni nak kasitau, aku tlah me-material-kan duit PT tu dengan: Desktop PC
2.4mhz Pentium 4
256 DDRAM (DDRAM tau, bukan SDRAM)
HDD 40GB (biase la)
dgn harga RM 1,750
+ printer Canon S200SPx RM 180
POWER BUKAN?! Ha ha. Tapi kawak takleh fullskrin. katenyer nak 16@32 bpp. ape ke binatangnye bpp tu An?
Yang lain memang ok la.
Member aku kasi pinjam se bundle cds game (+15 cd title kot). bahaya btul pelajaran.yang aku nak bangga ialah, NeorageX aku ada +-40 games tau.
tu termasuk yg dah lama aku carik ie. GAROU; THE MARK OF THE WOLF.

nak tengok gif lain!


Dulu aku nampak game ni kat pc Athur(Ally Azran Abd Rahim), part 2 kot.aku mintak lama dah, katenyer kat hard disk.pastu x penah2 bwk.

Kalau korang ada main KOF2000 korang tau ada striker ie Kim Jae Hoon & Kim Dong Hwan. Agaknye anak Kim Kaphwan!
Ada juga Hakutomaru rasenye. Ninja dia ialah teknik Shiranui. Anak Mai kot?! Rock Howard of course la ada.
Cuma, takkan la Terry xde nak buah ye tak? Blue Mary ape crita?

Ape hal la aku crite pasal game.Memang x show la main sensorang. skang ni aku main "The Thing". best gak.maklum la, xjumpa Angel of Darkness, inipon jadi la.
So, below is the gif animasi yg aku buat.nak belaja?

encik sensei,caye nak blaja buat gif



So, enjoy. member2 yg nak konvo tu, see u'all 05/10/2003 key?! InsyaAllah.


22 August 2003

CINTA KOLESTROL BERADA DI UITM SEGAMAT!!!!

Ari sabtu ni ada banyak aktiviti kat sini, GAYONG wat seminar martial arts, jemput johan dunia taun 1994.
MPP lak jemput krew and pelakon CINTA KOLESTROL dtg sini makan angin.cambiasa kena beli tiket, tapi aku tak beli. mahal, oleh itu aku akan menyamar jadi erra fazira utk masuk percuma. tunggu forecast dari aku nanti. korang kalau nak dtg antar sms kat an-0127594712.tapi aku tak janji ada tiket tau! ni cuma usaha jer
BERITA GEMPARRRRR!!!!
AN DAH BER"ANAK" (mempunyai anak)"

Kolej SR,Bilik 336.Rabu. Seorang teman yang amat kita kenali telah mengaku bahawa dia telah mempunyai anak. Kita ikuti wawancara tersebut:
p: pujangga
An: poyo


p: a'kum
An: alam
p: aku dengor ko da ada anak betul ker?
an: hmm,,,,,,,, ya (sambil blushing)
p: berape anak ko skrg
an: sbb aku belum kawin jadi cuma ada 2 jer.
p: oo gitu. habis kalau da kawin brapa anak ko?
an: mungkin cukup 2 team basketball kut? (lebih kurang sepuloh)
p: siapa nama anak ko tu?
an: nama dia Cindy.dia lahir kat SR,mak dia nama Faridah, bukan Feridah. Dia ni anak terbiar sebenarnyer. aku kutip masa cuti ari tu. leh la jadi teman tido aku. hari2 aku kasi makan friskies.
p: oo kalau gitu anak ko ni jenis maun la
an: eh bukan! maun ada kat bilik tgh main game. dia ni ket laa.
p: cis ko telah mempermainkan aku yg hensem nih. amik ko (pengarang telah mengeluarkan hikmat angin seram masam.

begitulah hal yg telah berlaku. Bomber ialah nanny kpd cindy. dan maun ialah penjaga bilik.
sekian berita dari karam singh walia

20 August 2003

a' kum semua

ari ni spesel sikit sbb aku update kat bilik En. Abd Nasseer. Hoho aku berlagak..
Masa ni eliz, ayang ngan aya(JAIS) ada kat sini. tgh tanya ssignment.

berita baru tak der la sangat
no aliph
AIN dah dapat kerja Assistant Account bebaru ni. tepuk2. baru masuk bulan nih

Kobis@meah da ada awek. awek tu yang ngurat dia, cambiasa. dia ni kan pemalu orangnyer

cuti korang wat per ha? aku tak cuti, duk sini teman cik Abd Naseer wat research. nak claim double nih. kayo pak cik.ha ha ha.
oh yaa, aku nak mintak mahap kat org2 yang telah dikutuk aku. ada yg ngadu kat aku sampai takut nk tengok website ni lagi. ala skali skala.

ok la sampai di sini saja.ayang kata dia dari Australia bila bos aku tanya "kampung mana?"

babai

17 August 2003

ok, smbungan dari pintu pasal link gambar. ni hah syntax tersebut
Powered by Blogger

http://www.gamingmatrix.com/kofonline/Images/KOF2000/kof2kKyo5.gif
Powered by Blogger
thilap yg tu yer. jgn pakai.
so, ubah la, contohnye...
img alt="Powered by Blogger" border=0 src="http://www.gamingmatrix.com/kofonline/Images/KOF2000/kof2kKyo4.gif"


aisey, skali bila preview, tak nampak la plak dia nyer gambar. "bila mouse point sini" qalastum?

angin nyer..... tengok kalau camni lak...
Powered by Blogger

aper ni... Powered by Blogger
assalaualaikum..
An, aku nak dah tau camner nak tarok gambar kat blog ni. tapi kena la masuk technical software kat port aku, ye tak? dah deal kan.

so, pelajaran seterusnya.... tak payah la aku ajar j-poon ye tak? buat mende lain la. bagi cadangan.

08 August 2003

KEPADA MEMBER b.ACC
kite kena saling tolong menolong bukan? so, kasitau mane nak cari info for:
TITAS: hubungan China dan ISLAM (sejarahnye)
MAF: re-engineering technology
PSA:...tak payah la.
FAR: manggggg ai. dasatnyer assignment publish account. baik lecturer ialah THR
(Tuan Haji Razali (PM)), bukannye PM Aron (sabo aje le)
QMT: ini yg aman damai, tp bleh kasi galakan moral tak ntuk LINEAR PROGRAMMING.
MAT126 saye amik setaun (2sem).
B. Arab, insya Allah! buleh makan nih. selagi belum Bahasa Arab tinggi la.
assalamualikum.
ikut program An, aku patut mengajar NIHONGO skang, kat sini.
tapi, cam biase org buat, pengenalan@syokai@ta'arruf. ye tak?
so, nama saya... panggil je lah ape2, paling bangsat pon "org yg aja Jpn kat Pujanggamalam tu, yang poyo tu..." .....hm, bolehlah. insyaAllah tak kecik ati.

ok, ini kena kasi ingat, kan ke kewajipan kita untuk sentiasa menyebarkan dakwah(opinion; tak setuju kalu, komen la!).so, sentiasalah kite sama2 bersyukur apa yg kita ada. tupasal la, sepatutnye.... erm, takpayah lah. this another my opinion. nnt kate aku hipokrit lak, walupon memang benar hal yg demikian. so, (brape bayak so la...) tau tak lagu ni?
marilah...ber a mal, beramal kerana Allah, beramal kerana, Allahuakhbar!
beramal kerana Allah, pemuda melangkah gagah, menjana kuasa rakyat,
bersiap menghadapi cabaran. semarakkan............ etc.

cari sendri la. lagu fav. aku time tingkatan 5.

ok, kita mulakan pelajaran NIHONGO yg pertama.

yg korang kena ingat ialah... "watashiwa nihonggoga wakarimasen!" yg bermakna: aku mane reti bahasa jepon!

cukup tak?
hi, ila huna faqad. ma'assalam.

03 August 2003

aku try masuk pakai invitation ko. agaknya ada nama aku la kan. oit bebudak, aku bukaan Yasashi
saya, webmaster saya juga webmaster blog pintu, nak inform, aku pakai no baru yaitu ..... takpayahla. bagi sesape la yg nak. kepada An, watashino seito, hantensho! bagus la ko nyer blog. mane nye hit counter? gagal la itu. key, till then, ja made. ila huna faqad. assalamualikum.

02 August 2003

Selamat hari Mengawan!!!! atau Happy Frenzship Day !!!
aku tak tau ada hari ni sampai la aku dapat dua sms pasal frenship day nih. Terasa baiknya, Exist.

Ni adalah update spesel for this event....
Unttk opening aku akan menyanyi utk korang semua, dan ditujukan khas untuk: 1.geng S.A.G.I.L - LATIP, BOJA, BUDIN, BATU, MAT BAN
2. budak kampung aku- BUNGA, WAK, PUCAU, BOLLY
3. pet aku- Bomba
4. geng pompuan yang aku takleh sebut sbb korang cepat jeles kalau ada yang aku tak tulis kat sini, tapi budak kompang nilam,baiduri dan bnyk lagii
5. yang tersayang, ehem ehem.si R..

dengorkan lee lagu Sandarkan pada Kenangan ni- Duet aku ngan Siti Batu


Kenangan manis kau dan aku
Takkan terluput
Duri ranjau dalam belajar
Lumrah dunia

Sayang menyayang
Katil hostel dikenang
Perasaan menjadi rindu

Oh...
Lihatlah diriku yang kehilangan
Tanpa hint soalan mu sayang
Siapalah aku

Sayang menyayang
Saling percaya
Punca C.G berpanjangan

Mengapa kita harus bersengketa
Kerana fitnah dan salah sangka
Apa yang telah terjadi pada Mat Ban?
Sememangnya aku tak pernah melupakannya
Mengapa mesti ada perasaan benci
Kerana hutang dan percaya luput dalam perasaan

Marilah kawan
Kita saling sayang menyayang
Kalaulah ada benci
Kita sandarkan pada kenangan


yaa tepuk- tepuk pap pap pap. Sedap tak korang nyanyi? ala mana orang dengor kalau nyanyi dlm hati.


dan ni aku sertakan bahan yang aku jumpa kat Jaring, jgn caya bebulatz. aku tak tanggung tau!!

RAHSIA TARIKH LAHIR




Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.


benarkah? benarkah?


ok lah, sampai di sini sahaja. lain kali aku update lagi k?? hari ni Ashka datang. kena interview dia dulu baru aku bubuh bahan baru. babaiii, a'kum

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews