29 January 2011

STRESSED

Salam sejahatera. Malam ni ku ingin share kisah stress yg sedang melanda diri ini.
Oleh kerna akaun fesbuk telah terbuka kepada rakan kerja, bos dan para keluarga maka kat sini je lah tmpt yg selamat nak cerita topik ni.

Siri stress ni bermula pada 2 minggu lepas bila bos Pujaan secara officialnya di announce sbg bos wilayah Asia Pasifik. Bila dia x ada maka x ada lah bos kat departmen ni. Dan bila dia tak ada juga maka secara x rasminya Pujaan kena sambung kerja2 yang dia dah tinggalkan tu.

Department ni originalnya ada 3 orang: Bos, Pujaan dan nurse. Ada lagi sorang intern tapi x kira sbg kakitangan tetap lah. Nurse ni baru je masuk bulan 4 ari tu dan bidang pengetahuannya terhad. Budak intern ni plak oleh sbb bukannya dapat gaji tetap so nak bagi load bebanyak tu fikir gak 2- 3 kali. Pendek kata 50% tugas Pujaan makan sorang dan selebihnya di share oleh nurse dan intern tu lah.

Mimpi ngeri stress ni bermula dengan deringan telefon yang berbunyi pada setiap 15 minit. Pernah satu ari tu Pujaan tertinggal henpon setengah hari dan ada 17 missed call di rekod di henpon. Setiap panggilan pulak akan bermakna tambah lagi satu item untuk dimasukkan dlm to do list Pujaan. Maka to do list tu bila buat pada hari Isnin dah ada 10 item, maka pada hari Jumaat boleh jadi 40 item jadinya.

Untuk cover atau cegah to do list ni membanjiri diri maka Pujaan ambik inisiatif bekerja sambil beramal (x leh claim OT) hingga lewat malam. Nak pulak baru kawen ni ada komitmen nak jumpa isteri, giliran balik umah mertua and so on maka bertambah lagi lah stress nya. Bila balik on time rasa bersalah bila on laptop kat rumah dan sambung kerja. Bila balik lambat lak lagi rasa bersalah sbb x luang kan masa for new family. Tersepit sungguh Pujaan dengan perasaan bersalah ni.

Lagi satu sumber to do list Pujaan ialah si bos yang baru di promote kan ni. Ingatkan bila dah di promote ada kurang sikit cerewetnya, rupanya makin dahsyat. Ada saja arahan baru yang dibagi pada tiap minggu. Pujaan pass kan kat nurse aje suruh settlekan tapi pun datang lagi dan lagi. Yang letihnya dia buat double job bila dia buat benda yang Pujaan dah buat. Nak tegur x sempat, nanti kena masuk dlm to do list lagi. Letih

Antara usaha yang Pujaan buat untuk uruskan stress ni ialah dengan pergi HR bahagian hiring dan kata pada HR rep tu "I perlukan seorang URGENTLY". Kalau boleh next 2 weeks mesti dah masuk. Berapa dia mintak bagi lah (ceh macam Pujaan lak yang bayar gaji). Feedbacknya ialah diorg masih mencari. Letih

Yang lain masa gosok gigi tgh pandang cermin tu Pujaan kata kat diri sendiri "Saya ialah engineer hensem yg perlu bekerja mati- matian lagi hari ini". Psiko diri sendiri utk absorb semua challenge dan stress dan tekanan dan emosi. Tapi arini nmpknye mcm dah gagal control diri bila henpon berbunyi dan nombor kilang yg keluar. Sorang dah kena marah dah yg lagi sorang maleh nk layan. Apa- apa jadi ari Isnin ni maka kenalah Pujaan jawab. Letih

Orang yang paling effect bila Pujaan dah stress ni ialah isteri lah. Bila dah kurang bercakap dan kurang gemar nak melayan keletahnya sebab takut tempias emosi sensitip yang datang dari kilang ni. Semoga dia dpt bersabar sehingga lah Pujaan dpt bos baru dan keadaan kembali pulih seperti dulu. Sayang kat dia sangat2 sebenarnya tapi itulah, ada sebahagian dalam diri ni yang bisa mencederainya jika loose control.

Minggu ni balik kampung pun kena on laptop. Alamak fail sungguh. Patutnya spend the time fully with family. Dah x balance. Main futsal pun tinggal sbb kesedapan sambal belacan. Letih.

Sampai di sini ajer. Jangan lupa mini gathering kat Port Dickson pada 1 Mei. Dapatkan updatenya di Teratak Pujangga d Facebook.

Tata.

28 January 2011

FoFi is First Out, First In ... no? huhuhu

Salam & good day, L said.

Booked 23 Nov. 2010, collected today (28 Jan. 2011). can i say i've waited ONE YEAR? hehehe... ops, ter speaking london la pulak. yene mana tangki shartik kudel yamal kudel talala...

... akhir Oktober, 2010, iaitu 3 bulan yang lalu, dlm 1 tugasan ke Muar...
Encik L: hm...cantik yer honda city. tapi mahal sket dari vios. hm...
Tuan Luqie: eh, ko nk beli kete baru ke? peh...beli la Fiesta...

maka bermulalah aku meng-study, jenis2 kereta yg dalam jangkauan bajetku, value for money, cun, etc. sebagaimana rakyat Malaysia lainnya, aku turut terpengaruh dengan 2 brand utama kereta import, iaitu Honda dan Toyota, lantas menutup serapatnya brand2 lain yang mungkin setaraf, atau lebih baik, yg jarang sekali kita nilaikan. hasil bacaan forum, review seperti Paul Tan, facebook group, Forum Cari, you tube, dan lain-lain google search, lebih terbuka mindaku pada model2 lain.

Aku tak tahu apa beza B class, C class... menurut keperluanku: bajet harga dlm rm90k (kurang, better), branded dan reliable, (very) long term usage, long range travel, kapasiti luggage sesuai untuk famili.typical thinking segera menangkap, Toyota Vios dan Honda City memang sasaran utama. Muncul pula Proton Inspira, dengan harga rm90k lebih sikit. Hasil bacaan, muncul option lain iaitu Mazda 2, Kia Forte, dan Ford Fiesta yg memenuhi syarat di atas. Proton Persona dan Waja juga...errr...banyak bad review la. ahahaha.
gambar ni lagi! siap kertas putih tak bukak lagi...

Pendek cerita, Ford Fiesta (Fofi) jadi pilihan kerana...MURAH, berbanding Vios (selain Vios J) dan City. Value for money kerana aku beli dari SIME DARBY Auto Connexion. So, faham2 la. Proton Inspira memang mantap...mcm pandu Mitsubishi Lancer la agaknya. aku g tgk display unit. tp tak test drive la. cambest. tapi aku kureng sket...sbb...mahal harga dan roadtax kerna CC enjin 1.8 liter (pada yg tak tahu, kereta bawah 1.6 liter CC harga cukai jalan tahunan ialah rm90. atas 1.6 liter...atleast double).
Proton Inspira


Mazda 2 pula dikatakan hampir sama dengan Fofi, tapi spesifikasinya dikatakan tidak setanding Fofi yang mempunyai dual dry clutch, 6-speed auto, ...itu je aku tau. 
Mazda 2

Kalau tak kerana Fofi lebih murah (pada aku), Kia Forte yang mungkin jadi pilihan. memenangi banyak safety features, cun pulak tu...tp, apakan daya.
KIA Forte

Sebagaimana orang kata, Honda dan Toyota ada 2nd hand value yg lebih baik dari kereta lain. memandangkan aku xberminat berniaga kereta yg kompem tak untung, 2nd hand value tidak begitu mengujakan penilaianku. Dan ada pula yg rajin membuat kira-kira resalu value, Fofi vs Honda City. usha la kalau rajin/nk tahu.
Toyota Vios
Honda C
  

Errr, dh abes review ke? ok. senang cerita, aku bitau la ape tak best pasal Fofi sedan ni (kalau full spec, Fofi Hatchback, bkn sedan). antaranya...
  • paling orang takut...maintenance cost. ni first Fiesta model masuk Malaysia, so memang payah la nk carik spare part. TAPI... guess what. first 60,000 kilometer atau 3 tahun, free maintenance (setiap 10,000km), labour dan minya/filter skali.
  • harga spare part memang tak dinafikan, mahal. boleh usha. tapi...aku rasa hal ni mcm anda dan console Xbox 360, atau PS3 la. harga sekeping blue-ray disk game dah berapa? ada ke jual game yg tak ori. so, setiap kali ganti spare part, ganti barang tulen bang. hehehe...kilang buat kete ni ade kat Thailand. so, kete ni CBU (Completely Build Up- siap pasang) dari Thailand yer.
  • air-bag kat driver je. so, pakai sentiasa la seatbelt. (driver warning chime kalau xpakai seat belt)
  • side mirror boleh auto-fold. eh, ni kelebihan. ces.
  • xde bluetooth connection dgn phone, xde usb port untuk mp3, ...mcm Fofi S punya. huhuhu
  • xde kaler merah...ade kaler2 ni je untuk sedan. tapi aku xkesal la kaler phantom blue aku!
  • door lock style western. lock dari luar, dari dlm anytime boleh bukak. takot TERlocked je. dok la kt lua, kunci dlm kete.
  • ...ape lagi yer...aku baru sejam pakai Fofi ni. ahahaha...maceh.
gambar? malu la....ni je gmbr yg aku amik...
time: 16:59; date: 28.01.2011; mileage: 000073km

26 January 2011

Kini aku ada alamat!!!

Assalamualaikum,

[tahukah anda anime "The Melancholy of Haruhi Suzumiya"? Suatu ketika anime ini begitu popular, kerana lagu intro dan tarian para para (Hare Hare Yukai) yang menarik hati. Anime ini begitu unik kerana ditayangkan secara non linear, iaitu episod tidak mengikut kronologi. episod ke 2 mungkin ditayangkan pada minggu ke 7, dan episod terakhir pada minggu ke 3. berkata tentang kreativiti...posting kali ini adalah...immitation. ekekeke...sorry encik Resaksa...] 

Seperti yang dijanjikan, kini giliran aku pulak kena update dalam blog. Entah kenapa kali ini aku lambat sedikit. Mungkin kerana aku terlalu sibuk dan aku telah ditukarkan tempat bertugas di Cawangan Nilai. A new experience. Nanti cukup sebulan aku citerlah pengalaman aku. menguruskan perpindahanku ke kediaman baru.

Kali ini aku nak bercerita tentang perjalanan cerita aku membeli sebuah rumah lelong. perpindahan ku (pasal beli rumah ni, dah ada cerita dh.)

11.1.2011 - Lawyer called, katanya dia dah pujuk seller rumah, supaya bagi aku kunci, walau process belum betul-betul complete. (aku dh start byr monthly. huhuhu)
14.1.2011 - Esoknya adik aku kawen. Aku call seller, kata nk kunci. dia kesian sbb wife aku kan dh sarat...so, ahad ptg dia bg la...huhuhu (lagi).
16.1.2011 - dari Pahang, gerak ke rumah baru. dlm kul 5ptg lebih, jumpa tuan rumah yg rupanya sudah 2 minggu menyewa rumah depan (clearing this house. ape tak cakap awal2?!). so, kami bersila atas lantai, mengira-ngira kunci-kunci yg tahape ape tu. juga aku diajar cara 'back flush' external water filter. crash course.
17.1.2011 - proses membasuh lantai serta mengemop. nk upah pekerja, xdapat kol la pulak. 2 hari baru setel. (rilek jeee)
18.1.2011 - permulaan tahun islam hijeraaaah aku memunggah barang, dari apartment lama setinggi 4 tingkat. proses ini dilakukan setiap hari, antara 1 hingga 4 trip, terhad kerana letih (tinggi maaa), dan kereta kancil kan kecik (xperlu lori. barang terbesar kami ialah, beg beroda. huhu). 
20.1.2011 - cuti thaipusam. pagi shopping perabut (rak tv, set katil, tilam queen 1, tilam single 2, dining, sofa L, rak kasut, penyidai kain, iron board), barangan elektrik (steamer, tv 32", peti sejuk, mesin basuh 8.5kg), (yg murah2 je...huhu), ptg tu tunggu orang datang raya 3 bijik lori delivery, 4 consignments.barang murah (misken), tak sampai rm7k abes.
21.1.2011 - baruuuulah aku mula mendiami rumah tersebut, dan tidur didalamnya.
23.1.2011 - akhirnya aku berjaya mengembalikan apartment sewa ke rupa asalnya, dengan meninggalkan 1 dapur gas (1 penunu), dan sampah2 tegar. cuma 1 item belum setel, tong gas memasak. aku kena call kedai soh amik, so aku boleh collect deposit. RM50 nih! nk tunggu dia datang tu malas..senang2 aku halal jela. huhuhu. (yer...rumah baru takde tong gas. makan luar/tapau je...wife sarat)

So, itulah, serba sedikit...tentang permainan pertama aku (daripada 3). bila beli rumah atas orang ni, sebagaimana termaktub dlm perjanjian jual beli, kita dh cek rumah masa nk beli, dan terima 'as it is'. ade la sikit2 kelemahan, antaranya:
  • batu bata hiasan kat tiang depan tu tak lekap kuat. kena simen semula ni.
  • water heater dlm bathroom sudah tanggal. kena simen jugak nih.
  • 2 kipas syiling hiasan cap "Wings", 5 blades itu, remote controlnya kurang respon (selalu tak respon). dah tanya kedai letrik/kipas hiasan, remote xde jual. aiyaaa....
  • kelmarin hujan lebat...bila masuk nk tido, tgk tuala basah. suspek ada bumbung bocor. tp semalam pon hujan, xde la pulak. (alamak, air apa?!)
  • celcom broadband under perform, berbanding dengan di apartment. signal kurang stabil.
  • channel tv free (guna antena), dapat tv9 dan tv8 je. tu pon xclear sangat. memaksa aku pasang astro. huhuhuhu.
So, itu saja. ila huna faqad.


Kena install autogate nih.

Bila mau basuh ini porch?

Itulah kancil yang banyak berjasa.

Kitchen tanpa tong gas.

Wardrobe, simply not enough.
sneak preview mainanku seterusnya:
21.1.2011 - Sales Advisor (SA) bagitau stok fofi aku dh sampai. loan agreement pon dh lulus. Ptg tu juga aku g Dataran Maybank, sign loan.
24.1.2011 - huhuhu....g maybank, buat 'banker's cheque'. lepas lunch, g Sime Darby Auto Connexion, bayar downpayment my fofi. SA kata, "jom ikut i g JPJ xxxxxx ni, register, pilih plat number. terus buat roadtax. by xxxxx dah boleh collect fofi...".

23 January 2011

Idup Berumahtangga si Pujaan

Salam to uols. Weekend yang indah bersama keluarge mertua di BBU Johor Bahru. Tersempat akhirnya hendak menulis blog nih. Niat tersimpan dah dekat 1 bulan lebih dah hohoho.

3 December 2010 tarikh Pujaan mengakhirkan zaman bujang tegar. Walaupun banyak giler cabarannye tapi akhirnya berjaya menyempurnakan cita- cita. Macam x caye kawen dgn isteri skrg nih. Dulu gado- gado skrg dah sayang- sayang hohohoho.
Ada teman2 yang bertanya: Amacam life lepas kawen? Pujaan dengan yakinnya jawab "Magnificient!"
Tapi ada juga yg sceptical. Hanya Pujaan yang tahu betapa magnificientnya life pas kawen nih.

Perkara no 1 yg best pas kawen ni ialah rezeki bertambah- tambah- dan tambah. Tiap2 ari kenyang perut pun dah leh jadi air bag kt dlm keter dah. Syukurrrr.

Perkara no 2 ialah semakin banyak aktiviti masuk dlm jadual harian dan mingguan Pujaan. Hampir tiap minggu xda kat rumah gi sana dan sini. Jauh berjalan luas pemandangan beb.

Perkara no 3 ialah banyak belajar pasal diri sendiri. Nak control baran ni amatlah mencabar especially bila ada org lain dalam umah dan barang2 bnyk di alih sana dan sini. Pastu cara potong bawang pun lain huhuhu. Lum lagi bab menentukan cara melaksanakan perancangan and so on. Pendek kata give and take in a very different manner lah.

Perkara no 4 ialah dah jarang giler gi warung. Nk makan nasi goreng ke, mi goreng ke, murtabak Makassar ke mesti nak kat umah. Kalau mkn kat warung ni rasa lain macam lah, x sedap mcm org rumah masak.

Perkara no 5 ialah bila solat kt umah skrg dpt 27 kali pahala. Dulu single jer ekekekeke.

Cakap pasal rezeki, bos Pujaan dah di promotekan ke peringkat Regional baru- baru ni. So peluang agak terbuka utk Pujaan menduduki jawatan Menejer itu. Pujaan idaklah kemaruk sangat utk dptkan jawatan tu sbb tanggungjawabnya besar tapi kalau dapat pun ok lah.
Smlm pun berjaya mencalonkan diri sendiri utk jadi AJK persatuan professional Safety Officer wilayah selatan. Moga dengan menambah kan sibuk pada diri yg dah ultra sibuk ni akan membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.

Orait sampai ni ajer. Kami tgh wat planning utk mini gathering pada bulan Mei. Tunggu saja berita dari kami ya.

Salams

21 January 2011

Love Quotes..

Love is a temporary madness. It erupts like an earthquake and then subsides. And when it subsides you have to make a decision. You have to work out whether your roots have become so entwined together that it is inconceivable that you should ever part. Because this is what love is. Love is not breathlessness, it is not excitement, it is not the promulgation of promises of eternal passion. That is just being "in love" which any of us can convince ourselves we are.

Love itself is what is left over when being in love has burned away, and this is both an art and a fortunate accident. Your mother and I had it, we had roots that grew towards each other underground, and when all the pretty blossom had fallen from our branches we found that we were one tree and not two.
- Captain Corelli's Mandolin6. "Love is the beauty of the soul."

20 January 2011

Sebulan Di BIMB Nilai..

Assalamualaikum,

Seperti dijanjikan dah sebulan aku bekerja di BIMB Cawangan Nilai dan bermakna aku berhutang kepada semua pembaca tentang pengalaman aku di sana.

Well, 13.12.2010 aku mula bekerja di sana. Pergh! 1st day aku dah lambat! Hahaha.. Mana taknya ada jammed di selekoh masuk ke Nilai. Time2 macam ni plak diorang nak buat jalan. hahaha.. Tapi bos OK. Takde plak nak marah2 aku. Aku disuruh perkenalkan diri. Tapi seakan2 semuanya terkejut sedikit sebab aku dah dikatakan senior! Siyut! Mana taknya, rata2 staf di sana mula bekerja pada tahun 2007 dan 2008 dan ada 2 orang tak sampai setahun bekerja. So, dalam ucapan aku tu, aku cakaplah aku takde experience langsung dalam bahagian operation ni. Yerlah dalam urusan cash handling, teller & etc. Sebelum ni aku hanya bekerja bahagian documentation je.

So, boleh dikatakan permulaan kerja yang OK! Aku berpuas hati kerana rata2 dapat memberi aku peluang untuk memulakan kerja dengan tenang tanpa bebanan sangat.

Tugasan pertama aku ialah cuba absorb sebanyak mungkin skil dari greeter yang kebetulan di hari pertama aku adalah hari terakhir dia bekerja di Bank Islam. So, aku ditugaskan untuk mengambil alih sementara waktu kerja2 dia. Dalam satu hari aku kena hafal semua borang2 yang perlu aku berikan kepada pelanggan yang semuanya bukan sahaja datang untuk keluar masuk duit tapi macam2 hal ada! Barulah aku paham kenapa teller ni kena banyak info. Tapi yang kelakarnya, greeter ni juga jadi tmpt bertanya jika sesat jalan. Nah! Aku yang baru pindah ke Nilai ni kena tunjukkan jalan diorang. Nasib baik ada peta kat dalam laci ni. Leh lah aku baca2 sket n tunjukkan. Kelakar pun ada.

Tapi itu bukan tugas aku yang sebenar. Aku tahu aku akan ditempatkan di bahagian kaunter. Tu yang dipanggil teller. So, pada 3.1.2011, aku mula bertugas di kaunter. Banyak la jugak karenah pelanggan ni. Ada yang nak marah2 tak tentu pasal. Lambat la.. Itu lah.. Mana tak lambat. Dah kalau orang depan awak tu datang bank nak masukkan duit syiling sebanyak2nya. Kan kena ambil masa mengira tu. Hahaha.. Ada mesin CDM, tak nak pakai. Macam mana nak cepat lagi? Hehehe.. Tapi kira OK la dari pelanggan di Seremban. Ramai yang amat sangat! Degil pun ada gak. Dah disuruh guna mesin, tak nak. Pastu marah kata lambat. Dah orang perangai macam awak bukannya seorang, memang la lambat. Tapi aku salute pada pelanggan Nilai. Lambat2 aku ni ada gak berterima kasih. Aku plak yang asyik meminta maaf kerana lambat attend. Tapi pelanggan di cawangan ni lain sket dari department aku dulu. Dulu sesape yang masuk opis tu hanya bermotifkan marah. Tapi kat sini semuanya OK. Cuma ramai la.. Aku OK je..

Nak diciterkan lagi tabiat orang kat sini, diorang ni murah rezeki kot. Kat pantry tu tak lekang dari makanan. Ada je yang sudi belanja makan. Termasuklah aku ni. Segan gak asyik aku je yang makan makanan orang tu. Tapi lau macam ni, tak ralat aku nak keluarkan sedikit duit untuk belanja diorang makan. Terasa macam satu family plak.
Satu lagi tabiat diorang ialah suka sambut birthday kawan2 tiap2 bulan. Tak kiralah sesape nye birthday, diorang mesti sambut. macam pada bulan 12 aritu, diorang sambut 3 orang nye birthday! Best giller! Banyak dapat hadiah! Semua orang mesti akan belikan hadiah. Aku tengok hadiah2 tu, aku tanyalah semua orang nye birthday akan dapat mcm ni ke? Diorang jawab yer la. Mak ai! Banyak giller... bayangkan ada 20 staf kat sana. Ada 19 hadiah yang akan kita dapat. Pergh!! Seronoknya!!

Yerlah, baru sebulan kan.. So, takde lah sangat yg berlaku. Tapi overall aku happy kat sini. Aku takde lah nak kutuk2 sangat department aku yang lepas kerana di sana aku belajar untuk survive dan jadi ketua. Kat sini aku belajar menghargai orang. Yerlah walaupun ada gak berbalah, namun diorang masih lagi boleh bersepakat. Cuma di tempat lama aku kurang semangat setiakawan dan kurang menghargai orang dan sekarang diorang semua sedang menanggung akibatnya. Aku bersimpati dengan diorang tapi apa kan daya, aku ditakdirkan untuk pergi ke tempat yang lebih baik. Insya-Allah.

06 January 2011

Sebelas ialah Eleven !!!

Salam & good day,

Sebagaimana Pujaan, L juga ingin mencoret di halaman Teratak ini, sempena tahun 'nisen jyuichinen', 2011 yang bakal membawa perubahan pada kita semua, khususnya L sendiri, seraya meneruskan taipan, dari bilik hotel Ophir, Tangkak, Johor.

God Willing (insyaAllah), Januari dan/mungkin juga Februari 2011, L bakal mempunyai 3 mainan baru. Mainan yang mana paling menarik hati L? Walau semua belum berlaku, penuh harapan L mengharap dan menanti. 3 mainan baru tersebut adalah:


  • Rumah teres dua tingkat, freehold land di Bukit Subang, Shah Alam (dijangka dapat didiami pertengahan Januari 2011)
  • Kereta baru berjenama Ford, berjeniskan Fiesta (nicknamed 'Fofi'), sedan, 1.6L, 6 speed auto, (market price RM78,888. Murah dari Toyota Vios & Honda City). Inilah kereta diguna oleh Ken Block, untuk Gymkhana. (loan Maybank dah approved, tp belum sign. tunggu la...)
  • Siti Hiromi (takkan guna nama nih)... my baby girl, dijadualkan lahir pada 1 Februari 2011, tp kawan2 cikgu lain dok pakat bersalin awal je. takot lak pakcik.

    Dengan mainan-mainan baru tersebut, maka L (dan keluarga) memerlukan sumber kewangan yang mantap. Rumah sewa sekarang yang 'fully furnished', mewajibkan L membeli segala macam perabut serta alat letrik untuk rumah baru... bajet diluluskan L sendiri ialah RM8k. Begitu juga Fofi, yang kompem kena buat cheque downpayment lebih kurang RM8k, tak termasuk booking RM1k.
    Tak lupa juga amanah Allah, yang macam2 keperluannya...nnt kena belajar dengan Tuan Poochow, persediaan menyambut baby (mungkin Tuan Poochow boleh buat special posting tentang ini). Itupon Allah ringankan beban L dengan me-rezekikan baby girl, so, akikah seekor kambing jela, instead of 2 ekor kalau baby boy.


    Dan, semuanya dengan izin Allah, insyaAllah. L mungkin akan menulis dengan lebih detail tentang 3 mainan tersebut kemudian. Lama menanti wooooo....
    Dikesempatan ini, L mengucapkan selamat meneruskan hidup, menghadapi cabaran kehidupan dan ujian tuhan dengan tabah, serta percaya dan yakin, Allah menguji kita dengan hiasan2 dunia, dengan pasti, kita dapat menghadapinya dengan jaya. Akhir kata kali ini, Salam.
    (gambar hiasan)

    (gambar hiasan)

    03 January 2011

    Tahun baru 2011

    Blink- blink dah tahun baru dah. Bila dah kalendar baru umur pun ikut sama tua... kecuali bagi mereka yang x matang. Azam baru? Azam lama? Bagi Pujaan bila rasa nak berubah buat aje lah azam. Tak yah nak tunggu tahun baru datang atau Encik Azam lalu depan rumah baru nak buat azam.

    Looking back in 2010. Bitter sweet achievements and memories
    1. Berjaya duk di rumah baru. Home sweet home bebeh
    2. Tambah lagi 2 akaun di Public Mutual. Ni kena continue nih
    3. Berjaya dapatkan seorang isteri. Pas ni nak dptkn baby lak hohoho.
    4. Semua writer Pujangga dgn rasminya xda yg bujang dah.
    5. Pucau dpt baby hohohoho.
    6. X banyak tourism activity...huhuhuhu. Mungkinkah kita wat family day? Hmm? Hmm?
    7. Blog ni berubah wajah.
    8. Teratak Pujangga dah masuk Fesbuk. Taon dpn kna lbih aktif.
    9. Dah belajar main Farmville dgn mak. Aiyoh sudah kena rasuk huhuhu
    10. Tak banyak saving. Lagi banyak perabih duit. Huish kategori rakan muda syaitan dah ni.

    So be it. This coming 2011 ada few potential improvement dalam karier Pujaan yg boleh direbut.
    Lain target nk abiskan training yg perlu dan peperiksaan yg x terambik- ambik.

    Paling utama nk membina keluarga yg sakinah dan ramaiii.

    Adios.

    Waktu Solat Shah Alam

    FEEDJIT Live Traffic Feed

    Total Pageviews