20 October 2010

Proses nak kahwen: Part jumpa penghulu and check darah

Kembali kita di bab nak kawen nih. Kali ni dgn kisah jumpa penghulu.

Sebelum nak jumpa penghulu ni, Pujaan Google dulu cari contact tok Penghulu Gelang Patah. Search punye search yg jumpa double trouble. Info yg diperlukan haram tak jumpa. Cuma ada clue penghulu terdekat berada di kampung Pok di mukim Tg Kupang.

So pagi tadi belasah je lah pergi ke kampung Pok. Tapi before sampai ke kampung Pok Pujaan ubah fikiran, baik tanya org yg mungkin tau dulu. So Pujaan gi Balai Polis Tg Kupang dulu. Bro- bro polis ni amat membantu dan berhemah. Gua salute beb. Akhirnya dpt lah info yg dicari kedudukan kompleks penghulu Gelang Patah aka mukim Pulai ialah just beside the Gelang Patah Polis stesen. Ek eleh kat situ je rupanye.

So patah balik ke Gelang Patah dan menuju ke tempat yg dimaklumkan. Kompleks penghulu ni nmpknye dhaif sungguh. takda ka org nak sponsor keceriaan sikit? Opisnye pun catnye dh nmpk lusuh dah. Cakap pasal opis pintunye berkunci rapat. Takda tanda2 tok penghulu masuk opis. So pergi balai polis Gelang Patah tanya ada konteknye tak?

Sekali lagi bro2 polis ni amat membantu dan berhemah. Pujaan ditunjukkan sebuah fail yg penuh dgn no telefon dan daptlah satu no henpon. Setelah berterima kasih Pujaan beredar dan cuba mendail no tersebut.
"Tuut tuut, hello?" "Hello, ini penghulu Gelang Patah ke?"
"Ya, ya"
"Saya nak mintak surat permastautin sbb saya nak kawen"
"Eh, penghulu Gelang Patah? Salah nombor ni"
Ceh tadi mengaku ni idak pulak.

Tak berputus asa Pujaan gi lagi ke pejabat penghulu tu. Kali ni ada sebijik keter di parkir dan pintu terbuka. Ada sorang lelaki kat dalam tgh mengadap komputer. "Cari tok penghulu ye? Cuba pegi rumah kat atas tu, tadi saya nampak motonye ada"
Pergilah Pujaan ke rumah nye lak. Bagi salam dekat 8 kali akhirnya ada akak muncul dari tepi rumah.
"Cari Penghulu ye? Ada apa?" "Saya nak mintak surat permastautin kak"
Akak tu masuk dalam pastu ada sorang lelaki ngn uniform kebun keluar.
"Awak nak apa?"
"Saya nak surat permastautin sbb nak kawen" (dah berapa kali ayat ni diulang dah?)
"Itu mintak dari majikan kan boleh?"
"Saya x keje dgn gomen, saya mat kilang je" (dgn nada sedih)
"Oooo, mintak surat dari pejabat agama tu"
Pujaan pun bagi. Eh boleh baca ke tulisan jawi Pujaan yg ala- ala cacing kerawit tu?
Pas 10 minit tok Penghulu pun kuar dgn sekeping surat. Tengok nama dah salah eja. Mintak betulkan sikit pastu dah ok. Terer juga tok penghulu ni baca tulisan jawi Pujaan.

Pas dapat surat tu, Pujaan terus lari ke Masai untuk check darah. Kenapa ke Masai? Pejabat agama ada bagi  jadual pada hari yg berlainan, klinik di cawangan tertentu aje yg ada wat servis ni. So ari Rabu ialah di Masai dan Tebrau. Jalan nak masuk ni kemain adventure lagi. Meredah lorong2 kecik, sekolah dan tetiba tersergam sebijik klinik kat atas bukit.

Masuk klinik, daftar dgn isi borang saringan HIV lagi sekali pastu gi bilik 6. Tunggu dlm 6 seken terus di panggil. Masuk dalam ada misi sorang dgn pakai topeng ninja suruh duduk, bagi borang, interview sikit tanya bila nak kawen (nasib baik dah tanya N chan pagi tadi).
"Ni kena cucuk jari sikit ye?" Dengar perkataan "cucuk" tu dah terus berderau lah darah. Pastu dia siat peket2 kit nak cucuk ni lagi lah lemah semangat gua.
Misi tu mintak jari manis belah kanan, dia pijit2 kasi merah pastu haa tu diaa... "keletak" terus bocor jari Pujaan. Ibarat lintah di sawah, dgn menggunakan pipet misi tu sedut darah merah yg meleleh dan diletakkan di  kit saringan HIV.
"Camana HIV boleh berjangkit"
"Ada 8 cara misi"
"Macamana"
"1- Perhubungan seks, 2- Pemindahan darah, 3- Melalui suntikan, 4 dan seterusnya saya x ingat"
"Ok" kata misi tu
Pas beberapa minit kit tu dah kuarkan result dah.
"So keputusan awak ialah negative ye"
"Negative misi?"
"Ye negative"
fuh berabuk misi ni speaking.
Dah siap tu Pujaan blah dan menuju ke larkin perdana utk lunch di Beriani Ambok. Lama x merasa beriani yg kena dgn citarasa Pujaan huhu.

Personal Loan
Disebabkan budget dah lari banyak, nampaknye Pujaan kena guna personal loan utk cover perbelanjaan nak kawen. Sedihnya bila Pujaan gi ke BSN, Bank Rakyat, Public Bank dan Ambank jawapannyer ialah "Kami bagi loan utk kakitangan kerajaan saja". Patutlah ramai orang kena cantas dengan ah long. Ni lah puncanya.
Akhirnya HSBC juga yang beri harapan. Itu pun cuma basic Rm2000 ke atas je yg layak memohon kalau kakitangan swasta.
Story2 dgn cik Anis Suraya (macam artis namanye) tau lah yg pinjaman ni ada cover takaful, interest rate 12%, maximum ialah 4x gaji. Pujaan sain aje borang tu dulu, baru nak compare dgn bank lain kalau ada. Kelulusan dalam 4-5 ari gitu. Raksasa cakap Bank Islam ada personal loan. Usha kat internet dulu ah. Al- rajhi pun nak usha lagi KFH dan Hong Leong. Apa bagus apa x bagus.

Ok lah sampai sini dulu. Nanti sambung bab antar borang lak.
Papaii

14 October 2010

Mila AF si kiut


Hari Sunday yang lepas secara x sengaja Pujaan telah landing di Plaza Angsana. Dah lama dah tak pergi sini rupanya aku hmmmm. Naik tangga ke G level terus nampak pentasnya. Ada ramai budak kecik pakai baju lawa2 siap dengan mekap tebal. Musti ada event nih.

Rupanya MBSB tgh buat promosi skim pinjaman macam2 dan sekali menganjurkan pertandingan zapin peringkat sekolah rendah. Masa Pujaan usya pentas ada sorang budak dlm umur 16 tahun tgh x berenti membebel sambil menyanyi lagu Mila.

Kamera ada dlm kantung maka Pujaan x lepaskan peluang snap gambar aktiviti ni lah. Dah lagu penghabis tu rupanya budak pompuan ni si Mila AF rupanya. Alahai kiutnye laah engko nih. Dlm majalah besau semacam wahaha.
Juara pertandingan buat show penutup

Antara hadirin

Macam budak sekolah kan?

"Jika kau perlukan teman, aku kan di siniii"
Ohh yeahh bebeh!

Abang tiru Mawi ke Mawi tiru Abang?- "Abang tak tiru, ori dik"

10 October 2010

Proses nak kahwen: Part ambil borang

Assalaamualaikum dan salam sejahtera,

Akhirnya... eh mulanye sebelum nak ehem ehem kawen, kita kena ambik borang dulu dkt Pejabat Agama. Kat JB ni dipanggil Pusat Islam Negeri Johor. Tu yg duk google tak jumpa2 tu. So dgn berkobar2 Pujaan pun pegi lah ke sana.

Kul 11.30am tekan nombor dapat giliran lepas 21 org. Ok lah agaknye dlm sejam lebih abis laa kut. Tunggu punya tunggu Zohor masuk pun lagi 11 org baru sampai turn Pujaan. Hampes nak beli borang kemain lama lagi?
Sambil menunggu ni Pujaan ambik peluang tengok gelagat org2 kat pejabat agama nih.

Yang nak bercerai dgn muka 14 nye duduk nunggu giliran dgn bekap2 familinye. Awek2 dan cowok2 ganteng lak kemain excited lagi. Yang macam baru abis sekolah ada, yang macam dah penah kawen ada, yang macam kena kawen pun ada.

Pastu ada sorang pakcik ni dengan suara lantangnye tanya dkt kerani kantor tu "Jah oooo Jah, yang dah ye?" Si Jijah ni Pujaan x dengar pulak menjawab. So Pujaan assume pakcik ni agaknye dah sound treble nih. Siann dia. Pastu pakcik borak dgn sorg pakcik lain. "Ni haaa kes cerai sekali talak terus talak 3. Gila betul"
Fuh ni kira dah takleh setel ni dah. "Dah tu kena cari pak sanggup ke?" "Tak lah, yg perempuan dah tak mau rujuk lagi dah". Hmmm dpt tazkirah free sambil nunggu nih.
So para laki termasuklah yang menulis ni, silalah buat keputusan dgn bijak bukan dgn emosi. Orang lain tengok pun terperanjat tau.

Pukul 2.45pm no giliran di tekan berkali- kali menandakan ramai org dah blah. Lepas sorang berjaya memunculkan diri akhirnya tibalah giliran Pujaan. 2 soalan di tanya, "Status encik apa?"- mustilah available kan. "Encik tinggal di mana?"- ooo sbb alamat IC kat Batu Pahat. So ckp je lah dah bermastautin kt Gelang Patah. Pas tu hulur wang RM5 terus dpt borang dan blah.
Eh? Apa yg lama benor dgn org2 dari pagi tadi? huh huh

Petangnya ingat nak singgah bershopping tapi ujan yg lebat amat. Terus balik umah dan sakit kepala menyerang. Petang tido tapi pas sedar makin berdenyut2 pulak. Hmm terus sapu mentega kacang kat roti dan makan 2 keping. Lepas rilek layan Farmville dan tonton tv jap dah kurang dah peninnye. Ni penin sbb nunggu lama benor kt Pusat Islam tadi lah ni huhu.

Ok then what's next? Kena cari penghulu Gelang Patah ni nak sahkan taraf permastautin. Cari kat tenet x jumpa so shoot email ke SUK. Harapnya ada lah balasan huhu.

Akan disambung pas jumpa penghulu nanti.
Adios amigos

04 October 2010

Penipuan Kad Kredit

Salam & good day, L said.

Apa khabar para pembaca. Kini, kad kredit bukan lagi barang kemewahan, mungkin tidak melampau dikatakan keperluan. Kita selalu dengar kisah penipuan kad kredit, tiba-tiba je kena charge yg kita tak ketahui. berikut pengalaman L, Sabtu lalu.

Ketika berjalan-jalan dengan isteri de Giant Shah Alam, berbekalkan voucher RM50, L telah dihubungi oleh seorang wanita, pihak yg mengaku menguji keselamatan kad kredit.Lalu L pon melayan segala pertanyaan beliau (scammer/penipu). Antara perbualan yg L igt, lebih kurang la:
Scammer: Kad Maybang apa yer?
L: Ikhwan
Scammer: ada petronas atau tidak?
L: takde
Scammer: ok, nombor kad anda ialah ???? ???? kan.
L: ya. betul.
Scammer: bacakan 8 nombor lagi...kita nk pastikan data betul.
L: ???? ????
Scammer: sudah tandangan kad?
L: dah.
Scammer: ok... cuba bacakan 7 digit nombor keluaran di belakang ya...
L: ????
Scammer: ok, lagi 3 digit?
L: 3 digit tu untuk sahkan pembelian. saya takkan bagitau.
Scammer: ia adalah nombor siri keluaran. kita nk pastikan ...bla...bla...
L: hm...takpelah...tak payah verify saya. nnt saya verify sendiri kat cawangan. boleh kan!
Scammer: kita kena pastikan, sebab saya akan hantar ...bla...bla...
L: hah? hantar apa?
Scammer: polisi...bla...bla... kita dah charge 400 ringgit dari akaun ni...nanti encik akan terima polisi...bla...bla...
L: eh? saya mada ada masuk apa2 polisi?! ini satu penipuan!!
Scammer: tuuuut....tuuut...

Dengan segera aku call kredit card center dan menceritakan kisah penipuan ni. sbb scammmer guna private number, xdapat aku sabotaj beliau, tulis nombor fon dia kat toilet...wakakaka... operator mengatakan, 8 digit pertama kad kredit tu memang standard nombor siri, bergantung pada jenis kad. maknanya, kalau dia tau aku kad ikhwan, mmg dia tau 8 digit pertama. Dan selagi dia tak tau 3 digit last, memang dia tak boleh charge apa2 pembelian. Operator offer aku terminate dan tukar kad baru, xde charge. Kalau ikutkan, memang kad aku belum compromised, tapi sbb kad baru not so bad, siap gmbr petronas (kad ikhwan sekarang xde logo tu). Tapi kena tunggu dlm 7 hari baru siap. Maybank bawah opis aku je...hari2 lalu.

Moral:
- support perbankan islam, i.e. kad kredit islamik (Ikhwan, ar-rajhi, etc.) semua bank ada kot.
- elok abaikan call dari private number. tp aku mmg ada member pakai private number...kena gak angkat.
- jangan sekali-kali dedahkan maklumat kad kredit anda, terutama 3 digit last di belakang kad.
- apa juga promosi melalui telefon tu...pasti lebih menguntungkan mereka, berbanding anda. wakaka..

p/s: pasal promosi melalui telefon ni...panggilan terbaru L terima, pasal percutian ape tah...L kata "errrm, tak nak lah...mesti saya tak berminat. nk cerita jugak boleh, buat letih je...". wakakaka...

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews