24 July 2008

Sakura bulan Julai

Assalaamualaikum dan salam sejahtera para pembaca.
Dah naik berkulat dah badan Pujaan duk bertapa kt umah sewa sesorang tu huhu. Ampun dan maaf dipinta kerna ku lama sangat mendiam kan diri.

Pada bulan Juni and Juli yang lepas Pujaan duk sibuk siapkan projek paper utk diploma Pujaan. Maklumlah dah tua ni nak belajar balik mmg payah banyak huhu. Bagi masa setengah tahun siapkan last2 2 minggu terakhir gak baru terhegeh- hegeh nak buat hehehe.

First time blaja diploma jumpa kena wat project paper macam thesis master huhu. Letih beb kena bangun awal pagi dah tu nak travel lagi. Kena gi wifi lagi huhu pendek kata mmg macam pengkaji yg sebenarlah walaupun semua tu rekaan belaka hehehehe.

Okeh skrg meh Pujaan citer apa yg berlaku dlm masa beberapa bulan ni kepada pembaca semua.

Wedding Mazlan and Noreen Nor

Maka akhirnya tercapailah impian mempelai dua sejoli ni untuk hidup bersama selamanye. Setelah beberapa taon bercinta mereka telah sah diijabkabulkan sebagai suami dan isteri.

Wakil blog pujanggamalam iaitu Raksasa C telah hadir pada majlis di rumah pihak lelaki. Pujaan tak pegi sebab peksa huhuhuhu... Tapi gua dah infom awal beb. Before diorg bersanding kali kedua tu gua kontek Mazlan untuk ngeteh sbb lama x jumpa. Sekali isteri beliau ikut daaaa..... Haku tengok duk melekap susah nak lepaih dah 2 org nih hehehe..

Mazlan ada bagitau yg beliau berminat untuk bekerja di luar negara contohnya Indonesia atau Dubai. Pujaan menggalakkan beliau dgn berkata "ok tu Lan, kebanyakan member aku yg gi sana semuanye bukak lagi satu cawangan" serentak dengan itu beliau pun menerima satu cubitan manja ibarat semut kerengge dari isterinya itu... Begitulah kisah romantis mereka hehehehe. Well Noreen skrg ialah cikgu di UiTM Segamat dan Mazlan masih bekerja di bahagian Finance UTHM Parit Raja.

Kisah kawan2 seperjuangan lain

Dengan inisiatif berkesan Raksasa C, kami telah berjaya menjejaki beberapa org kawan lama yang disyaki telah arwah...upanye idup lagi beliau hehe.. berikut adalah mereka:

1. Jepun@Khairi - kejer di Ambank: KL
2. Rutok@Mohd Izham- kejer di Bank Pertanian: KL
3. Cibang@Khaidir - Hitachi: KL
4. Katu@Ahzammudin - Port Tg. Pelepas:Johor
5. Kutu@Hanif - Bank Islam: KL ::: baru dapat anak lelaki sulong pada minggu lepas!Tahniah!!

Moga semua org terus sukses dan maintain ukhuwah di antara kita.

Jemputan Khawen
Orait diumumkan lak yang akan kawen

Suraya... (aku x leh nak describe beliau ni lah) pada 2nd Aug di JB
Ayang@Norhafiza Afzan bte Ishak pada 3rd Aud di Tg Karang Selangor

Aktiviti Pujaan yg lain












Hoh hoh pertama kali Pujaan betul2 enjoy dlm sebuah kompeni.. haa ni kompeni Pujaan menganjurkan larian kat Dataran Merdeka. Pujaan ambik jarak 5km dan sebulan Pujaan berlatih kt Taman Tasik Lembah kiara tu huhu...

Tapi pada hari tu pengabisnye Pujaan lagi bnyk "berjalan-jalan sambil bergambar" jer hahahaha. Nak wat camno? dah takde hadiah...larian amal laaa katakan hehehe. Tapi yg paling menarik nye ialah cheer cheer yg bermacam ragam rupa haha... Tema syaitan dpt tempat pertama utk peraduan cheer nih... tapi mmg gothic habis pung

Bagi larian 10km lak pemenang tempat pertama dan kedua ialah warga Kenya... membuatkan Pujaan terfikir apa yg diorg wat dlm larian nih? ceh easy money betul... hapeh dot com





















Hah yang ni lak Pujaan sekali lagi join trip kompeni melalui Sports Club.

Kami gi berakit di Slim River, Perak yang jarak nye cuma sejam setengah perjalanan bas sahaja.

Takdelaa jauh sangat upanyer tempat ni. Berkumpul kul 7.30, jalan 7.45 sampai sana dlm kul 10...
Ada kolam air panas tp cuma sesuai utk rebus telo jer. Suhu cecah 104 darjah celcius beb.

Pastu terus gi berakit...Pujaan ingat Pujaan ni terer benor tapi jatuh juga ke dalam sungai 2 kali huhu...rasa laa air sungai tu yg lebih kurang cam air water cooler kat masjid huhu

Yang menarik berakit ni ialah kitorg bukannye penat sbb mendayung, tapi sebab beralih kiri kanan depan belakang nak elak bot dari terbalik and masa nak lalu celah2 yang curammmm dan sampittt.

Pengabis aktiviti ada uncle India kat situ jual petai murah yg amat... RM5 dah mcm RM15 nye kuantiti kat KL...ada sorang akak tu borong smpi RM20 gile ahh.



Cinta
Bulan ni sedang mengarang kisah baru...tak sangka lak aku leh sangkut ngn gadis sorang nih. Yang menariknye korang semua kenal hehehe. Dia ni seorg yg low profile, manja dan anggun ngn cara tersendiri. Aku mula belajar mengenali seseorg dgn hanya berdasarkan rupa tetapi hati dan budi dengan gadis ini...

Dah! tu jer, yang lain akan ku update pada posting di lain kali hehehe

Orait last words,
Stay beriman, stay cool... happy go lucky tu poyo jer hah hah hah
Oh ya Pujangga tgh wat projek vid clip perkahwinan...sesaper nak join masuk dlm clip ni... sila lah hantar foto atau video anda ke gargonite@yahoo.com

Salam
Adios!

16 July 2008

Ayang Kawen

Salam. this post is self explanatory. hehhee. usha skit kalender tue.



Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews